12 Tahun Menunggu Neelakurinji di Kerala, India

Jika terlepas peluang untuk menikmati cherry blossoms di Jepun, Korea atau negara-negara lain yang mempunyai empat musim, tak apa. Tahun depan anda masih boleh menikmati keindahan bunga ceri itu lagi.

Sumber: Keralatourism.org
Di Munar, kambing gurun Nilgiri Tahr menjadikan kawasan neelakurinji sebagai habitatnya. – Foto: visitmunnar.in

Tetapi ada suatu tempat yang anda harus pergi untuk menikmati bunga, dan jika terlepas peluang ini, anda terpaksa menunggu 12 tahun lagi!

Bermula Julai hingga Oktober tahun ini, kawasan-kawasan bukit di Kerala, India akan dipenuhi bunga Neelakurinji atau nama botaninya, Strobilanthes kunthianus. Penduduk tempatan menamakannya Neelakurinji; Neela bermaksud warna biru dan Kurinji pula bererti bunga.

Bunga berwarna biru ini mempunyai pelbagai spesies, serta ragam berbunga yang berbeza. Ada yang berbunga setiap tahun dan ada hanya 16 tahun sekali. Tetapi di Kerala, Neelakurinji hanya dapat dilihat 12 tahun sekali, dan sekali gus akan menarik ribuan pelancong ke kawasan-kawasan bukit, khususnya di Munar.

Pada musim Neelakurinji, pemandangan kawasan-kawasan bukit itu dan lembahnya akan berubah, diselaputi warna biru keunguan. Lebih menarik, kawasan itu juga menjadi habitat Nilgiri Tahr, kambing gunung yang hampir pupus.

Kawasan-kawasan yang sering dikunjungi untuk melihat Neelakurinji ialah di kawasan berumput di Barat Ghats, bukit Nilgiri, bukit Palani dan Taman Negara Eravikulam, atau bukit-bukit Eravikulam di Munar, Vattavada, Kovilur, Kadavari, Rajamala dan lain-lain.



Booking.com