14 Hotel Paling BEST Untuk Berbuka Puasa!

Menjelang 10 hari terakhir Ramadan bagi tahun 2018 ini, masih sempat untuk anda menempah tempat iftar di hotel pilihan anda bersama rakan-rakan, kaum keluarga ataupun insan istimewa.

Anda boleh memilih antara 14 pilihan hotel terbaik di sekitar Lembah Klang ini mengikut cita rasa dan bajet anda.

1. PALM GARDEN HOTEL
Tema: Kampunglicious Ramadan
Lokasi: Palms Cafe
Menu: Kambing golek, sate ayam dan daging, gulai kambing berkentang, sup tulang rawan, kari kepala ikan salmon, udang goreng berempah, sotong masak lemak nanas, ikan goreng berlado, ayam telur masin, puding roti, tapai pulut, bubur, popia dan banyak lagi.
Harga: RM98 bersih (Dewasa) dan RM58 bersih (Kanak-kanak)
Pertanyaan & Tempahan: 603-8943 2233

2. PALM GARDEN HOTEL AROI DEE
Tema: Thai Bufet at Aroi Dee
Lokasi: Restoran Aroi Dee
Menu: Tom yam udang, ayam pandan, som tam, nasi goreng Thai, bualoy, aneka pencuci mulut dan banyak lagi menu lazat Thai.
Harga: RM68 bersih (Dewasa) dan RM40 bersih (Kanak-kanak)
Pertanyaan & Tempahan: 603-8943 2233

3. ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR
Tema: Kampung Boy
Lokasi: Saffron Brasserie
Menu: Rendang ayam pucuk maman, udang rangup iman madina, sotong sumbat sos pedas, kambing golek, ikan bakar, rebung masak lemak cili api, apam balik, ketayap, wajik, kuih talam, seri muka dan pelbagai manisan.
Harga: RM68 bersih (Dewasa) & RM40 bersih (Kanak-kanak)
Pertanyaan & Tempahan: 03-2026 6060 sambungan 7703

4. THE PEARL KUALA LUMPUR
Tema: Sajian Warisan Nusantara
Lokasi: Cafe 5
Menu: Kaki lembu bakar, shell out, nasi briyani dan nasi mandi, aneka kerabu, rojak dan pasembur, gulai kawah, dim sum, seafood on ice, pasta dan mi, pau, wafel dan aneka pencuci mulut.
Harga: RM98 bersih (Dewasa), RM65 bersih (Warga emas) & RM30 bersih (Kanak-kanak 5 -12 tahun)
Pertanyaan & Tempahan: 03-7983 1111 sambungan 3205 atau What’sApp 016-331 8729

5. RESTORAN REBUNG
Tema: Bazaar Ramadan @ Rebung Chef Ismail
Lokasi: Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
Menu: Lebih 80 hidangan antaranya roti jala, martabak, mi goreng mamak, char kuey teow, ayam percik, bubur lambuk, onde-onde, kuih-muih tradisional, aneka ikan bakar bersama air asam, rendang pucuk ubi, tempoyak daun, aneka kerabu dan banyak lagi.
Harga: RM79.50 nett dewasa & RM53.00 nett kanak-kanak
Pertanyaan: 03-2276 3535 @ 03-2276 2525

 

6. FELDA D’SAJI
Tema: Colour Of Malaysia
Lokasi: 1. Dewan Perdana Felda 2. D’Saji KL Titiwangsa 3. Orchard Villa Gombak 4. Cempaka Villa Bangi 5. Red Carpet Avenue, Strand Mall, Kota Damansara
Menu: Stuffed Whole Lamb, kambing bakar 9 rempah, pelbagai cita rasa Melayu seperti rendang, masak lemak, masak asam dan aneka kuih-muih.
Harga: RM69 (Dewan Perdana Felda), RM48 (Orchard Villa Gombak), RM40 (Red Carpet Avenue)
Pertanyaan: 03-26988302

7. BUKIT KIARA EQUESTRIAN & COUNTRY RESORT
Tema: Sajian Desa
Lokasi: Jalan Bukit Kiara, Off Jalan Damansara, Kuala Lumpur
Menu: 100 menu seperti nasi beriani kambing super duper, sup tulang istimewa, kari ayam kapitan, ketam berlada, ayam percik utara, ketam masak lemak nanas, kambing Morroco, aneka pasta, Hong Kong wok, aneka pencuci mulut seperti bubur kacang, ABC, cendol.
Harga: RM79 nett dewasa & RM38 nett kanak-kanak
Pertanyaan: 03-20941222

8. TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR
Tema: Singgah Rasa
Lokasi: 120 Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur
Menu: 13 stall pelbagai menu seperti roasted whole lamb with mandy rice, ayam tandoori, mutton kashmiri, sup gear box, bubur lambuk, yong tau foo, beef goulash, seafood brochette with lemon butter sauce, jalapone sausage with onion, grilled saba macherel with wasabi sauce.
Harga: RM119 dewasa & RM59 kanak-kanak
Pertanyaan: 03-26031999

9. THE MINES Resort & Golf
Tema: Selera Kampung
Lokasi: Jalan Kelikir, MINES Resort City,Seri Kembangan, Selangor.
Menu: Nasi Pelangi, Mihun Siam, Kambing Bakar, Ayam Goreng Berlada, Kambing Masala, Sotong Masak Jintan, Sup Daging berkentang, aneka kerabu, ulam-ulaman dan sambal serta pelbagai kuih muih tradisi enak dan menyelerakan.
Harga: RM78
Pertanyaan: 03-89436268

10. Armada Petaling Jaya
Tema: Semarak Ramadhan
Lokasi: Utara Coffee House , Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Menu: Cita Rasa Kampung
Harga: RM88.00+ (dewasa) dan RM45.00+ (kanak-kanak)
Pertanyaan: 03- 7954 6888 Samb. 4557 (Utara Coffee House).

 

11. Puri Pujangga@UKM
Tema: Memori Studio Jalan Ampas
Lokasi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43650 Bangi, Selangor
Menu: Tempatan & Antarabangsa
Harga: RM 70.00 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak 6-12 tahun)
Pertanyaan: 03-89222891/017-6992437/ www.puripujangga.com.my

 

12. Kelab Darul Ehsan, Golf & Recreation
Tema: Citarasa Warisan
Lokasi: Restoran Duyong, Kelab Darul Ehsan
Menu: Masakan Melayu, Barat, Cina dan Pastri
Harga: RM68 (dewasa) dan RM35 (Kanak-kanak 5- 12 tahun)
Pertanyaan: 03- 42533708

 

13. SUNWAY PUTRA HOTEL
Lokasi: Coffee House
Menu: Kerabu jantung pisang, kerabu lala pedas, rojak buah, tauhu, sumbat, pecal, sushi, sup gear box, kari kepala ikan salmon, laksa utara, udang kalio dengan belimbing buluh, daging masak lemak cili padi, patin masak tempoyak, ikan bakar, aneka talam, aneka cucur, cendol, ais kacang dan banyak lagi
Harga: RM128 (dewasa) dan RM64 (Kanak-kanak 6 – 12 tahun & Warga Emas)
Pertanyaan: 03-4040 9888 atau e-mel spkl.ch@sunwayhotels.com

14. UBE Banquet Hall, D’Nilai 3
Tema: Selera Kampung & Menu Barat
Lokasi: Utara Coffee House , Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor
Menu: Kambing briyani lada hitam, kambing masak kari pekat, kambing kuzi, rendang ayam pucuk paku, rendang pucuk ubi, rendang kerang, masak lemak daging salai belimbing buluh, siakap tiga rasa, tom yam, sup tulang, bubur pisang, ais kacang, mi kari, aneka kuih muih dan banyak lagi
Harga: RM59 bersih (dewasa) dan RM19 bersih (kanak-kanak)
Pertanyaan: 6010 587 0000 atau 06-797 1204



Booking.com