Air Asia Bina LCC Di China

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengukuhkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa apabila bercadang membina terminal penerbangan tambang murah (LCC) di China. Projek usahasama ini bakal mencatat satu lagi pencapaian baru buat AirAsia Bhd yang berjaya memasuki pasaran China yang beroperasi di Zhengzhou.

Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara AirAsia dengan China Everbright Group dan Henan Government Working Group yang disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Projek tersebut antara sembilan MoU yang dimeterai antara syarikat-syarikat dari Malaysia dengan China bernilai AS$7.22 bilion (RM31.26 bilion). Selain sektor penerbangan, perjanjian ini juga membabitkan sektor pembinaan, pertanian, bursa saham, infrastruktur dan kerjasama pelabuhan.