‘Bazaar Ramadhan’ di Restoran Rebung

Anda teringin nak makan masakan enak pedas cili padi Negeri Sembilan?  Jom ke Restoran Rebung yang terkenal milik Chef Ismail di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Sempena Ramadhan ini, Restoran Rebung menawarkan harga promosi serendah RM79.50 untuk dewasa dan RM53.00 untuk kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun. Pada harga tersebut, anda dapat menikmati lebih daripada 80 jenis hidangan.

Anda boleh memilih pelbagai jenis makanan daripada pembuka selera hinggalah ke pencuci mulut. Masakannya dikatakan sinonim dengan masakan tradisional Dapur Melayu, ilham Dato’ Chef Ismail Ahmad menggunakan 99 peratus rempah ratus segar.

Makanan utama menu Ramadhan ialah beberapa jenis nasi seperti nasi ulam, nasi minyak, briyani dan nasi hujan panas. Pelbegai jenis lauk-pauk pula pasti membuatkan anda rambang mata untuk mencuba. Gulai masak lemak cili api daging salai, asam pedas ikan pari, patin masak tempoyak, masak lemak rebung dan perut, beberapa jenis sambal dan lain-lain masakan tradisional Melayu kegemaran ramai.

Konsep ala Bazaar Ramadhan ini menawrkan tarikan lain seperti makan kaki lima atau gerai. Terdapat gerai roti jala, murtabak, mee goring mamak, char kuey taow, onde-onde dan ikan bakar.

Bahagian pencuci mulut pula mneyediakan pelbagai termasuk dodol cair, sagu gula Melaka, aneka bubur dan apam balik. Bagi membasahkan tekak, anda boleh memilih minuman panas dan sejuk yang sedap seperti barli limau dan sirap selasih. Keenakan Teh Tarik Rebung dan Kopi ‘O’ Rebung sememang dikenali keenakannya. Apa lagi, jom berbuka di Restoran Rebung!

 



Booking.com