Belaian Ala Spa di Rumah Dengan Asianic

KOS untuk kekal cantik, sihat dan menawan bukannya murah. Tetapi dengan adanya produk penjagaan diri ala spa di rumah sendiri keluaran Asianic, pengguna dapat membuat pilihan produk yang selamat, sesuai dan mempunyai pelbagai pilihan mengikut cita rasa sendiri.

Kini dengan Lulur Scrub Asianic, anda tidak lagi perlu membayar kos yang agak mahal di spa malah boleh dijadikan aktiviti hujung minggu dan waktu senggang bersama keluarga.
Lulur Scrub adalah salah satu penjagaan kulit badan agar sentiasa lembut, bersih dan dapat menghilangkan sel-sel kulit mati.

Lulur Scrub Asianic dapat membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati di samping dapat mencerah bahagian-bahagian anggota badan yang tersembunyi.
Menjadikan kulit lebih cantik halus, gebu, cerah dan dapat menghindarkan bau badan. Dengan penggunaan yang konsisten, produk ini dapat membantu memperbaiki tekstuk agar lebih tegang selain dari mengurangkan dehidrasi pada kulit badan.

Terdapat 4 jenis rangkaian lulur Scrub Asianic iaitu :
1. Lulur Scrub Seri 7 Bunga
2. Lulur Scrub Papaya
3. Lulur Scrub Susu Beras
4. Lulur Scrub Delima

Rasai sendiri spa lima bintang di rumah sendiri dan pasti anda akan terpesona dengan rangkaian produk Lulur Scrub dengan harga RM 16.90 setiap satu.

Kini produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasar raya besar di Malaysia, farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia. Produk Asianic juga boleh dibeli melalui talian antaranya AladdinStreet.com, Lazada, 11 Street, Coopmall.my , Cmasa.my , Facebook Asianic Halal dan juga melalui laman sesawang : www.wonderlandprimary.com . Bahkan bakal dipasarkan di rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM) 2.0 tidak lama lagi.



Booking.com