Berbuka Sambil Nikmati Pemandangan Gunung Jerai

RAMADAN kali ini sajian buffet di Cinta Sayang Resort, Sungai Petani, Kedah menjanjikan sesuatu yang berbeza untuk kepuasan pelanggan. Semua juadah enak  disediakan oleh barisan cef handalan dan diketuai cef Pak Long yang telah berpengalaman selama lebih 30 dalam dunia masakan.

Antara hidangan istimewa yang disediakan adalah gulai kawah, kambing golek, aneka masakan yang dimasak secara ‘live cooking’, serta lebih 100 sajian lain setiap hari. Pengunjung boleh memilih suasana dua lokasi berbeza sama ada di dalam Camelia Ballroom atau konsep taman sambil menikmati pemandangan indah Gunung Jerai.



Booking.com