Berjimat Dengan Dubai Pass

JIKA anda bercadang untuk melancong ke Dubai pertengahan Mei ini, dapatkan Dubai Pass. DubaiPass ialah kad prabayar menyeluruh yang memberi akses kepada 33 acara dan tempat tumpuan pelancong di bandar raya mega itu. Dengan kad ini, pelancong dapat berjimat, dan bergerak lebih mudah untuk meneroka pelbagai destinasi menarik. Ia boleh digunakan bermula 16 Mei ini. Dengan…

LARANGAN Lawat Kawasan Tertentu Sekitar MEKAH Dan MADINAH

Mulai 19 April 2018, jemaah yang berkunjung ke Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji dan umrah tidak lagi dibenarkan untuk melawat beberapa kawasan tertentu sekitar dua buah bandar tersebut. Larangan tersebut telah dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi membendung aktiviti khurafat yang dilakukan oleh jemaah di tempat-tempat berkenaan. Antara kawasan yang termasuk dalam larangan itu…

Pelancongan Cetus Krisis Alam, BORACAY Antara Yang Menjadi Mangsa

Melancong memang seronok. Berkenalan dengan orang daripada latar berbeza, mengamati budaya baru dan menikmati alam di kawasan pergunungan, lembah, pantai, perkampungan, pekan kecil mahupun banda raya. Tetapi apa yang anda tinggalkan di tempat-tempat itu? Kertas dan plastik, jejak-jejak yang memusnahkan alam sekitar atau sekadar kenangan yang sukar dilupakan? Melancong biarlah dengan rasa tanggungjawab dan beretika….

Landasan 3 KLIA DITUTUP Sebulan Mulai 11 Mei

Para penumpang yang merancang untuk terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 Mei hingga 7 Jun ini dinasihatkan untuk menyemak jadual penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masing. Ini kerana Malaysia Airports akan menutup Landasan 3 di KLIA bermula 12.01 pagi, 11 Mei hingga 3.00 petang 7 Jun. Penutupan selama sebulan itu dibuat untuk…

10 Pantai Pelancongan Paling Terjejas Jika Berlaku Tsunami

Kawasan-kawasan pantai dan pulau antara lokasi pelancongan yang sering menjadi tarikan pelancong. Bagaimanapun, sesetengah kawasan ini sangat terdedah kepada risiko tsunami yang bukan sahaja mengorbankan ratusan ribu manusia, tetapi juga menyebabkan kerugian berbilion dolar. Pada minggu lalu, Indeks Risiko Global bagi Kerugian Pelancongan Pantai Akibat Tsunami (Global Risk Index for Beach Tourism Loss by Tsunamis)…

Kelana Menelusuri Jejak Penyair Matsuo Basho

`SEEK not to follow in the footsteps of wise men of old, but seek what they sought’ – Matsuo Basho. Matsuo Basho ialah penyair haiku yang tersohor diJepun pada zaman Edo (kurun ke-17). Dalam puisi travelog klasik beliau yang terkenal, Oku-no-hosomichi (Jalan sempit jauh ke utara), Basho menceritakan pengalamannya berkelana di bahagian utara Jepun. Kini,…

10 Syarikat Penerbangan Terbaik bagi 2018, Singapore Airlines Di Tangga Teratas

Singapore Airlines dinobatkan oleh TripAdvisor sebagai syarikat penerbangan terbaik di dunia tahun ini. Pemilihan itu dibuat dengan menggunakan algoritma yang mengambil kira kuantiti dan kualiti ulasan dan penarafan syarikat penerbangan yang dikemukakan oleh pengembara dari seluruh dunia. Ulasan dan penarafan yang dibuat dari Februari tahun lalu hingga Februari 2018 dalam TripAdvisor Flights itu, telah mengenal…

Lagi IKAN PAUS Mati Selepas Telan Hampir 30 Kg Plastik

Seekor ikan paus ditemui mati selepas menelan hampir 30 kilogram plastik berdekatan sebuah rumah api di Cabo de Palos, tenggara Sepanyol awal minggu lalu. Menurut Pusat Perlindungan Haiwan Liar El Valle, perut dan usus ikan paus jenis ‘Male Sperm Whale’ itu dipenuhi dengan beg sampah, karung polipropilena, tali dan pelbagai sampah lain yang mengakibatkan keradangan…

Tip Jimat Kos di Hawaii

RAMAI yang memasang impian untuk bercuti ke Pulau Hawaii. Ramai juga yang berkira-kira untuk ke sana kerana kos percutian yang tinggi. Namun ada cara terbaik untuk anda menjimatkan perbelanjaan jika ke Hawaii. Berikut adalah tip jimat yang disenaraikan oleh laman web Lonely Planet. MAKAN CARA ORANG HAWAII Buah-buahan segar dan makanan laut pastinya menjadi pilihan…

Proses Pohon Visa Amerika Syarikat Bakal Lebih Ketat? – Identiti di Media Sosial Salah Satunya

Mereka yang berhasrat untuk ke Amerika Syarikat (AS) pada masa hadapan akan berhadapan dengan proses permohonan visa yang lebih ketat. Pentadbiran Trump merancang mengenakan semakan lebih ketat ke atas permohonan visa oleh imigran mahupun bukan imigran. Antaranya, meminta pemohon memberi identiti mereka di media sosial, nombor telefon dan nombor pasport yang pernah mereka gunakan, maklumat…

Aqua Roetier Kekal Kelembapan Kulit Ketika Bercuti

Sekalipun anda pergi bercuti, jangan sekali-kali abaikan penjagaan kulit terutama bahagian muka. Paling utama, elakkan kulit anda daripada kering kerana kulit kering mudah berkedut dan nampak kusam. Jadi teruskan rutin harian penjagaan kulit anda seperti mencuci, menyegar dan melembap. Malah dalam keadaan cuaca terlalu sejuk ataupun panas, anda mungkin perlu menukar kepada produk kulit yang…

Velocity 2 – Zipline Terpantas Di Dunia

Penggemar aktiviti ekstrem pasti menyukai luncur tali (zipline) di Wales Utara, England ini. Dengan kelajuan mencecah 125 batu sejam (201.2 km sejam), Velocity 2 telah diiktiraf sebagai zipline terpantas di dunia! Mereka akan meluncur turun pada kecerunan 20 darjah, dan mencapai kelajuan 0-60 batu sejam (0-95 km/j) dalam tempoh 10 saat. Pada kelajuan itu, peluncur…