Pengangkutan

8 posts

Uber lancar perkhidmatan bot

Uber Technologies Inc telah melancarkan perkhidmatan bot di Laut Adriatik, Croatia yang menghubungkan beberapa tempat pelancongan utama di sepanjang pantai Adriatik di negara tersebut.         UberBOAT, yang menawarkan perjalanan bot laju yang mampu menampung sehingga 12 orang dalam satu-satu masa, telah diuji di Istanbul dan Miami, dan akan beroperasi di […]

MRT Sungai Buloh-Kajang dibuka secara rasmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasmi telah melancarkan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK). Jajaran keseluruhan laluan ini melibatkan 51 kilometer merentasi 31 stesen. Ini termasuklah tujuh stesen bawah tanah, dengan integrasi laluan LRT di stesen-stesen Pasar Seni, Maluri, dan Merdeka yang berintegrasi dengan […]

Perak bakal ada lapangan terbang baru

Perak bakal membina sebuah lapangan terbang baru yang mempunyai landasan sepanjang 3.5 kilometer bagi merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri sudah membuat perbincangan awal, perincian serta penelitian berhubung perkara itu. “Apabila (lapangan terbang) sudah pasti, saya […]

Air Asia Bina LCC Di China

Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengukuhkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa apabila bercadang membina terminal penerbangan tambang murah (LCC) di China. Projek usahasama ini bakal mencatat satu lagi pencapaian baru buat AirAsia Bhd yang berjaya memasuki pasaran China yang beroperasi di Zhengzhou. Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara AirAsia dengan China […]

Laluan MRT Semantan-Kajang bermula Julai

Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) fasa kedua dari Semantan ke Kajang sejauh 30 kilometer melibatkan 19 stesen dijangka beroperasi sepenuhnya Julai ini. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn. Bhd., Datuk Ir. Zohari Sulaiman berkata, ia adalah kesinambungan laluan fasa pertama dari Sungai Buloh ke Semantan yang beroperasi Disember tahun lalu. […]

Lapangan terbang Sibu beroperasi semula

Lapangan Terbang Sibu kembali beroperasi mulai jam 12 tengah malam tadi, awal 12 jam dari sasaran awal selepas lumpuh berikutan insiden pesawat tergelincir, malam kelmarin. Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir, berkata operasi menutup lubang dan pembersihan landasan disiapkan malam tadi selepas pengalihan pesawat pada sebelah siang. Lapangan Terbang […]

PERLINDUNGAN UNTUK PENGGUNA PERKHIDMATAN PENERBANGAN

Penerbangan lewat atau bagasi hilang adalah antara perkara yang boleh terjadi apabila anda menggunakan perkhidmatan penerbangan. Bagaimanapun, ia bukan satu perkara yang kerap berlaku. Dalam banyak keadaan, pengalaman anda menggunakan perkhidmatan itu berlalu tanpa sebarang insiden. Bagaimanapun kalau anda mengalami sebarang masalah membabitkan perkhidmatan penerbangan, anda tidak perlu risau kerana […]