Chiang Rai Tarikan di Utara Thailand

CHIANG RAI merupakan satu daerah di utara Negara Thai yang semakin menjadi tumpuan ramai pelancong. Mungkin disebabkan kota Bangkok yang terlalu padat atau pulau semakin ramai orang, pelancong mula mencari alternatiflain jika ke Thailand.

Percuti ke sana menjanjikan lima elemen pelancongan di bawah konsep Open to the New Shades seperti yang dipromosikan oleh Tourism Authority of Thailand. Lima elemen tersebut adalah pelancongan makanan; seni dan kraftangan; alam semulajadi; kebudayaan serta cara hidup.

Apa yang menarik di Chiang Rai? Berikut beberapa cadangan tempat untuk dikunjungi seperti yang dipetik dari laman TATNEWS.

Chiang Saen

Chiang Saen adalah satu tempat yang dikenali sebagai Golden Triangle kerana menjadi sempadan bagi tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos. Pastinya ramai pelancong datang ke sini untuk merakamkan gambar seolah-olah berada dalam tiga negara pada satu masa. Lokasi popular mengambil gambar adalah kuil Wat Phra That Pha Ngao.

Kuil Wat Phra That Pha Ngao.

Doi Tung Royal Villa dan Mae Fah Luang Garden

Anda boleh mencuba pengalaman berjalan pada ketinggian 30 meter menerusi trek yang pada pokok-pokok yang terdapat di Mae Fah Luang Garden. Aktiviti sebegini semakin popular dan ramai pelancong yang tidak mahu lepas peluang untuk menikmati pemandangan hijau hutan.

Tree Top Walk di taman ini merupakan salah satu aktiviti tambahan jika anda melawat ke Doi Tung Royal Villa yang dibina pada tahun 1987.

Ban Pang Ha Mulberry Bark Paper

Tidak lengkap percutian anda ke Chiang Rai jika tidak mempelajari cara hidup kaum Karen yang tinggal di kampung Mae Sai. Penduduk di sini sangat terkenal dengan hasil kraf yang diperbuat daripada kertas. Cara mereka menghasilkan kertas itu juga sangat unik tanpa memusnahkan mana-mana pokok.

Wat Rhong Khun (White Tample)

Kuil ini dibina sebagai tanda peringatan buat mendiang Raja Bhumibol Adulyadej. Ia juga melambangkan citarasa seni bekas raja Thailand itu. Anda pasti terpesona dengan seni bina kuil ini dan hampir keseluruhannya berwarna putih. Dikatakan pembinaan kuil ini akan diterusakn sehingga tahun 2070 dengan menggunakan hasil sumbangan pengunjung.

Singha Park

Singha Park merupakan ladang teh terbesar di Thailand. Ia juga menjadi tumpuan ramai kerana keindahan taman yang dikeliling oleh pokok buah dan bunga. Taman ini sesuai untuk aktiviti riadah keluarga seperti berbasikal.



Booking.com