Gua di Utara Malaysia

Jika melalui Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke utara, kita akan disajikan dengan pemandangan gunung-ganang di sepanjang jalan. Di situ jugalah terdapat gua-gua menarik yang mungkin tidak ramai orang tahu. Ada antara gua ini yang menjadi tempat sejarah dan ada pula merupalan lokasi bagi mereka yang suka mendaki.

BUKIT KETERI, PERLIS

Bukit Keteri yang terletak di negeri Perlis terkenal sebagai pembentukan gua batu kapur. Kawasan sekitarnya pula dikelilingi pemandangan hijau sawah padi yang pasti membuatkan anda terpukau. Bukit Keteri juga popular sebagai tempat memdaki.

Pendakian bermula dari sebuah pintu gua yang akhirnya akan membawa anda ke Belly Button Window. Di sini akan akan dapat melihat pemadangan yang cukup indah. Segala penat setelah mendaki akan hilang tatkala melihat alam semulajadi.

GUA TEMPURUNG, PERAK

Gua ini mungkin merupakan gua batu kapur semulajadi terbesar di Semenanjung Malaysia. Ia terletak di daerah Gopeng, kira-kira 24 kilometer dari bandar Ipoh. Gua ini berkeluasan kira-kira 1.5 km panjang dan terdiri daripada lima bentuk kubah besar yang siling atasnya berbentuk tempurung kelapa. Setiap satu kubah mempunyai pelbagai bentuk stalagmit dan stalaktit.


WANG GUNUNG, PERLIS

Wang Gunung terletak di sempadan negeri Perlis dan juga negara Thailand. Ia terdiri daripada gabungan batuan dari Gunung Machinchang, Setul, Kubang Pasu dan Chuping. Pendaki ke puncak Wang Gunung agak mencabar namun sangat digemari ramai pendaki.

GUA KAJANG, PERAK

Gua dengan ketinggian 76 meter dari aras laut ini terletak di Bukit Kepala Gajah, Perak. Kajian menunjukkan gua ini menjadi tempat peninggalan manusia sejak 11 000 hingga 5000 tahun dahulu. Selain bukti arkeologi, Gua kajang juga mendedahkan formasi gua yang menarik, berbentuk terowong dan banyak stalaktit dan stalagmit.

GUA PUTERI, PERAK

Gua Puteri terkenal dengan lagenda cerita Melayu, Sang Kelembai kerana banyak penemuan direkodkan seperti bentuk peta Malaysia, katak, orang bersanding, kepala gajah dan kelambu. Lukisan gua oleh puak Negrito dijumpai disini tetapi bukannya pra-sejarah kerana berusia kira-kira 100 tahun. Tiada sebarang penemuan arkeologi ditemui disini tetapi gua ini terkenal dengan lagendanya.

INFO: www.malaysia.travel

 

 



Booking.com