“Hangpa Honeymoon Kat Mana? IRAN?! Hang Biaq Betui…”

Iran merupakan negara yang mempunyai 4 musim, dan pastinya setiap musim menjanjikan keindahan yang berbeza. Kami pergi pada penghujung musim sejuk. Ya sejuk dan ada snow!

Pengembaraan kali ini lebih kurang 2 minggu sahaja (2-13Mac 2017) yang merangkumi 6 lokasi utama seperti: Tehran – Masuleh – Tehran – Esfahan – Yazd – Persepolis – Shiraz – Abyaneh – Kashan – Tehran.

Di sini saya nak kongsikan Itinerari, gambar-gambar serta infomasi lain yang mungkin berguna untuk kalian kelak.

Salt Lake, Kashan

KAT MANA HAMPA HONEYMOON? “Iran”

BIAR BETUL?

Itulah benda yang orang tanya saya kemanakah destinasi berbulan madu @ bercuti selepas melangsungkan perkahwinan pada awal tahun yang lalu.

Seluruh keluarga serta rakan sekerja risau akan keselamatan kami untuk mengembara ke sana, akan tapi kami mengambil keputusan untuk mengembara juga ke Bumi Parsi ini.

Saya memang teruja dengan keindahan senibina, nature serta landscape yang perlbagai yang terdapat di Iran, maka semangat nak ke sana makin menebal.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

ITINERARI HIDDEN PERSIA TRIP.

HARI 1 : Kuala Lumpur – Tehran. (lebih kurang 8 jam).
Terbang ke Tehran dengan flight AirAsia (8 jam) dan tiba di sana pada sekitar jam 11malam. HOTEL : Tidur di Airport.

HARI KE-2 : Tehran – Masuleh  (lebih kurang 9 jam).
Kami dan buat ground arrangement. Van datang ambil dan terus ke Masuleh (kawasan bukit yang ada perumahan lama). HOTEL : Walk in Villa @ Homestay yang best pemandangannya.

HARI KE-3 : Masuleh – Esfahan. (lebih kurang 14 jam). HOTEL : Pardis Hotel
Melawat kampung dan layan keindahan bukit yang bersalji dan gerak ke Esfahan

HARI KE-4 : Esfahan Tour.
Melawat Sheikh Lotfollah Mosque, Si O Seh Poi, Grand Bazaar. HOTEL : Pardis Hotel

HARI KE-5 : Esfahan Tour – Yazd (lebih kurang 3 jam).
Melawat Ali Qapu Palace, Chehelsotoon, Central Mosque, Ali Ghobi Agha & Grand Bazaar lagi! Dan petang gerak ke Yazd. HOTEL : Ali Baba Hotel

HARI KE-6 : Yazd Tour.
Melawat Old Town, Yazd Central Mosque, Dolat Abad Garden, Temple of Yazd. HOTEL : Ali Baba Hotel

HARI KE-7 : Yazd – Persepolis – Shiraz. (lebih kurang 10 jam).
Melawat kota lama Persepolis (bagi yang tak suka sejarah, boleh skip sini). HOTEL : Kowsar Hotel.

HARI KE-8 : Shiraz Tour.
Melawat Vakil Mosque, Vakil Bath, Nasir AlMulk, Eram Garden, Karim Khan Gtadel. HOTEL : Kowsar Hotel.

HARI KE-9 : Shiraz – Abyaneh – Kashan. (lebih kurang 10jam).
Melawat Kampung lama Abyaneh dan terus menuju ke Kashan. HOTEL : Shirin Hotel

HARI KE-10 : Kashan Tour.
Melawat Sultan Ahmad Bath, Tabgatabaiha House, Borujerdiha House, Fins Garden, Bozorg Mosque, Maranjab Salt Lake & Desert. HOTEL : Shirin Hotel / Kalau nak bermalam di Desert jugak boleh.

HARI KE-11 : Kashan – Tehran. (lebih kurang 5jam).
Gerak balik ke Tehran dan menuju ke Mount Tochal (Ski Resort & Alpine Coaster) dll lagi disini. Jika sempat korang boleh ke Azadi Tower, Golestan Palace. Jam 9 malam tiba di Airport

HARI KE-12 : Tehran – Kuala Lumpur. (lebih kurang 8jam).
Jam 12.05am berlepas ke Tanah Air. Thanks AirAsia untuk lagi 8Jam!

TOP Mount Tochal – Tehran

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

KOS UNTUK TRIP IRAN :

• Flight ticket : RM700 termasuk luggage
• Booking transport (van) & penginapan : RM1400
• Makan, entrance fee, shopping : RM600
• JUMLAH UNTUK 12 Hari – RM2700

Maranjab Desert – Kashan.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

TIPS & INFOMASI LAIN.

• Perbezaan waktu : Iran lewat 3.30 jam dari pada Malaysia.
• Sampai di airport boleh beli simcard Irancell 3/5gb dan tukar duit siap di airport
• Seperti yang kita tahu, Iran adalah Syiah but kami solat dalam masjid ok saja Cuma jangan pakai batu karbala yang disediakan pulak ya.
• Makanan tak banyak pilihan, nasi, roti, ayam bakar, kebab kambing @ ayam, ayam golek, hamburger dan pizza.
• Kalau orang bawa roti dalam dakapan tanpa beg plastik, itu adalah normal.
• Bandar tehran sangat sesak trafiknya jika nak dibandingkan dengan Bandar lain.
• Kebanyakkan semua masjid lama dijadikan tempat pelancongan dan semuanya kena bayar dalam RM 12 – 24.
• Tempat paling best adalah Masuleh (kampung lama), Mount Tochal (main salji), Bath disetiap city pergi.
• Kami 7orang, tapi setiap kali makan order 3 set nasi dah cukup (menu dia dalam porsi besar).
• Facebook kena block, sila install 2-3jenis VPN (ExpressVPN dll) untuk buka FB ya.
• Wifi coverage sangat kurang, hanya di hotel @ beli simcard terus.
• Freelance Tour yang digunakan untuk tempahan penginapan & transportation : Mustafa +98 935 986 7168 boleh wassapp . (Kualiti service 7/ /10)
• Kalau penduduk tempatan nak bergambar dengan korang itu perkara biasa (kita nampak lain bagi mereka).

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Semoga perkongsian ini memberi sedikit gambaran tentang negara Iran, keindahannya serta membantu korang dalam buat planning ke sana nanti.

Makam yang bertatahkan kaca.
Sheikh Lotfollah Mosque – Isfahan
Eram Garden – Shiraz
Eram Garden – Shiraz
Eram Garden – Shiraz
Vakil Mosque, Shiraz.
Persepolis – old empayar of persian
Persepolis – old empayar of persian
Persepolis – old empayar of persian
Outside Sultan AlMulk Mosque – Shiraz
Old city in Kashan
Shiraz
“One of the secrets of life is to find joy in the journey.” – The road to Kashan.
Depan Villa yang kami stay, lawa kan
Masuleh pada waktu malam.
Masuleh Village – Jalan utama kampung ini adalah atas bumbung rumah orang.
Masuleh Village from 400m
My Princess ;p – Bath in Karim Khan Gtadel – Shiraz
Spice Bazar – Shiraz.
TOP Mount Tochal – Tehran
TOP Mount Tochal – Tehran
TOP Mount Tochal – Tehran

     

Sumber: Imran Idris