Hati tertinggal di Boracay

Pulau Boracay semakin menjadi tumpuan ramai pelancong dunia. Pernah diiktiraf sebagai pulau tebaik dunia tahun 2012, Boracay pastinya menjadi salah satu destinasi pilihan untuk bercuti.

Bagi pelancong Malaysia, untuk sampai ke Boracay anda boleh menaiki penerbangan Air Asia ke Lapangan Terbang Kalibo. Dari situ anda perlu menaiki van atau kereta ke jeti Boracay sebelum menaiki bot ke pulau.

Boracay di bahagikan kepada tiga bahagia – Station 1, Station 2 dan Station 3. Bagi yang memilih untuk percutian mewah, boleh ke Station 1 dan menginap di hotel mewah bertaraf lima bintang. Station 3 pula kebanyakannya ialah penginapan hostel untuk bajet rendah.

Station 2 sering menjadi tumpuan pelancong kerana suasana malam di sini lebih meriah. Pelancong boleh merasa gaya hidup malam di Boracay sambil menikmati makanan di restoran tepi pantai. Biasanya suasana ‘hidup’ di Station 2 akan berlarutan sehingga lewat malam.

Percutian ke pulau tidak lengkap tanpa melakukan aktiviti island hopping. Pelancong akan dibawa ke beberapa buah pulau kecil di sekitar Boracay. Menariknya, di setiap perhentian ada aktiviti berbeza boleh dilakukan.

Siapa yang suka cabaran jangan lupa untuk mencuba cliff diving di Airel Point dan flyfish. Anda juga boleh melihat pemandangan indah laut biru di Crystal Cove. Jangan lupa juga untuk singgah snorkling di Pulau Slepping Crocodile.

Cukup sehari dengan aktivi island hopping. Keesokannya, anda boleh melawat sekitar pulau. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah menaiki ATV ke Gunung Luho. Dari puncak gunung tersebut anda boleh melihat keseluruhan pemandangan Boracay. Selain itu anda juga boleh melakukan zipline atau menunggang kuda sekitar pulau.

Meninkmati keindahan air laut yang membiru, bermain dengan pasir pantai putih dan lembut yang menghampar sepanjang pantai, serta melakukan pelbagai aktiviti yang disediakan di sini pasti akan memberikan pengalaman paling bermakna untuk anda!

Kredit: Insta/ Farol Hadi