Impak positif LIMA 2017

Ruang angkasa Langkawi, Pulau Legenda yang sering dikaitkan dengan kisah legenda sumpahan Mahsuri, si wanita berdarah putih sekali lagi digegarkan dengan deruman enjin jet dari pesawat yang membuat persembahan LIMA 2017 pada 21 hingga 25 Mac 2017. Ribuan pelancong memenuhi setiap pelosok pameran LIMA yang datang dari dalam dan luar negara. Manakala perairan Langkawi pula dipenuhi oleh kapal-kapal perang pelbagai kelas dari negara luar yang mengambil bahagian.

Pertunjukan pesawat di udara mendapat perhatian ramai pengunjung

LIMA 2017 di Langkawi mendapat sambutan hangat dari pelancong dan pengunjung

Bermula 21 hingga 23 Mac 2017, pameran LIMA 2017 mula dibuka kepada pelawat dagangan manakala pada 24 dan 25 Mac 2017 ia dibuka kepada umum. Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi kini memasuki edisi ke-14 sejak kali pertama di adakan pada tahun 1991 dan EN Projects (M)  Sdn. Bhd merupakan pengurus acara baharu pameran ini.

Pameran ini merangkumi dua aktiviti utama iaitu aktiviti segmen maritim di Resorts World serta Jeti Star Cruise dan aktiviti Aeroangkasa diadakan di Mahsuri International Exhibition Center (MIEC). LIMA 2017 dijangka akan menjadi penanda aras baru dalam edisi kali ini dengan jangkaan penglibatan lebih 500 buah syarikat pempamer dari 36 buah negara bersama 105 buah pesawat pelbagai jenis dan berdasarkan maklumat terkini hampir 51 buah kapal tentera laut pelbagai kelas dari seluruh pelosok dunia.

Segmen Aeroangkasa yang bertempat di MIEF, Langkawi merangkumi ruang pameran dalam pesawat dalam dewan, pameran statik pelbagai jenis pesawat dan juga persembahan udara.  LIMA ’17 kali ini menyaksikan penampilan sulung pasukan aerobatik dari Korea Selatan, Black Eagles yang akan menerbangkan pejuang KAI T-50B.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  melawat pameran LIMA 2017 di Langkawi

Pasukan ini terkenal dengan aksi maneuver yang berupaya membentuk lambang Korea Selatan, Taeguk, semasa melakukan persembahan udara. Negara jiran , Indonesia  menghantar pasukan aerobatik terkenal TNI-AU Jupiter yang pasti memberikan debaran kepada para penonton dengan aksi lincah pesawat KT-1B yang di kendalikan oleh mereka. Thailand juga tidak ketinggalan untuk mempersembahkan aksi pesawat pejuang baharu mereka SAAB, Gripen.

Pada LIMA ’17, pengunjung sekali lagi berpeluang untuk melihat aksi lincah pesawat keluaran syarikat Dassault Aviation dari Perancis, Rafale. Dassault Rafale pada siri LIMA yang lalu bukan sahaja berjaya memukau penonton dengan aksi lincah pesawat pejuang yang menjadi kebanggaan negara Eropah tersebut malah kemampuan juruterbang mereka berbahasa Melayu turut menjadi tumpuan.

Apa yang pasti pengunjung turut berpeluang untuk melihat aksi-aksi yang mendebarkan oleh pesawat pejuang Tentera Udara Di raja Malaysia SU-30MKM. Untuk makluman, juruterbang SU-30MKM tanah air telah menguasai kemahiran untuk melakukan pelbagai aksi lincah di ruang angkasa termasuklah Purgachev’s Cobra.

Untuk tiga hari pertama, pertunjukan udara akan di persembahkan sekali sehari manakala untuk dua hari terakhir pertunjukan udara akan di persembahkan pada sesi pagi dan sesi petang. Segmen Maritim di Resorts World serta Jeti Star Cruise akan di buka kepada pelawat secara percuma bagi orang awam mendekati  ‘Dunia Maritim”  secara lebih dekat.

Penyertaan kapal luar negara paling banyak iaitu 17 buah kapal disahkan akan menyertai LIMA ’17 berbanding 16 buah kapal pada edisi lepas. Jumlah keseluruhan penyertaan kapal daripada Malaysia ialah 39 buah. Jumlah kehadiran yang besar ini akan memberikan imej positif  terhadap sambutan dan kemeriahan LIMA ’17. Pelbagai aktiviti di susun seperti Demonstrasi Bot dan UAV untuk mempamerkan keupayaan bot tempat dan teknologi UAV di jangka akan menarik perhatian pengunjung yang datang.

Pertunjukan akan di adakan setiap hari pada masa yang ditetapkan. Kapal perang juga akan dibuka untuk lawatan pengunjung awam. Sekurang-kurangnya dua buah kapal akan dibuka setiap hari untuk pengunjung di Jeti Star Cruise. Pelawat juga akan berpeluang menaiki perkhidmatan feri yang disediakan secara percuma dan di bawa melawat ke sekitar kawasan untuk melihat kapal-kapal tentera laut antarabangsa yang bersauh di Porto Malai. Pengunjung turut berpeluang melihat acara Fleet Review yang merupakan satu acara tradisi untuk tentera laut dan di laksanakan pada hanya majlis yang istimewa. Kapal-kapal yang hadir bukan sahaja dari dalam negara malah dari Asia dan Eropah. Tentera Laut Itali telah mengesahkan kehadiran kapal frigat baharu mereka. ITS Carabiniere ke LIMA ’17.

Angkatan laut Bangladesh, Brunei, Indonesia, Jepun dan beberapa buah negara lagi telah mengesahkan kehadiran kapal- kapal mereka ke Fleet Review. Khemah pameran dan promosi kerjaya turut dibuka dari jam 9.30 pagi hingga 6.00 petang dan memaparkan pelbagai maklumat mengenai TLDM. Pengunjung juga boleh melihat persembahan istimewa TLDM di tapak khemah pameran dari Pasukan kawad senyap yang diiringi Pasukan pancaragam TLDM.

Biarpun pertama kali beraksi buat di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 namun pasukan aerobatik Black Eagles dari Korea Selatan berjaya mendapat perhatian dan pujian daripada pengunjung.

Pasukan yang menggunakan sembilan buah pesawat jenis KAI-TB50 dan diketuai Major Lee Kyowon itu mempamerkan aksi lain daripada yang lain termasuk melakukan areobatik ‘melukis’ lambang Korea Selatan di udara yang mendapat tepukan gemuruh. Melihat aksi areobatik Black Eagles dengan mata sendiri merupakan satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan kerana mampu mengendalikan jet tempur yang laju dan dalam masa yang sama melakukan aksi aerobatik.

Pertunjukan pesawat secara aerobatik mengagumkan pengunjung

Keunikan dan kehebatan Black Eagles beraksi di udara telah melayakkan pasukan itu menerima beberapa anugerah antarabangsa termasuk Trofi Boeing untuk Pertunjukan Terbaik semasa Waddington International Air Show ke-13 pada 1 Julai 2012. Pasukan itu turut mendapat anugerah King Hussein Memorial Sword bagi Demonstrasi Penerbangan Terbaik (Keseluruhan) pada 8 Julai 2012.

Pesawat T-50 yang digunakan pasukan itu adalah pesawat supersonik Korea Selatan yang pertama. Pesawat tersebut dibangunkan oleh Korea Aerospace Industries (KAI). T-50 telah berkembang menjadi varian tempur iaitu T-50B, TA-50 dan FA50. Selain Black Eagles pasukan dari Rusia iaitu Russian Knights dan Jupiter dari Indonesia turut akan mempamerkan aksi aerobatik sepanjang LIMA 2017 berlangsung.

LIMA 2017 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan edisi ke-14 sejak diadakan pada 1991 dan ia turut mempamerkan 55 pesawat dan kapal perang. Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Malaysia (LIMA) 2017 turut mendapat liputan terbesar sepanjang penganjurannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib tidak melepaskan peluang menonton pertunjukan pesawat di udara

LIMA yang memasuki edisi ke-14 sejak diadakan pada 1991 itu mendapat liputan 550 orang wakil media tempatan dan antarabangsa. Ketua Komunikasi Strategik Kementerian Pertahanan, Adreena Abdul Majid berkata, lebih 200 media telah mendaftar pada hari terakhir persiapan LIMA 2017 hari ini.

LIMA 2017 disertai oleh 36 buah negara dan 555 pempamer. Edisi kali ini dijangka akan dihadiri oleh 40,000 orang pelawat perdagangan dan 140,000 pengunjung awam. Sejumlah 101 pesawat udara dan 61 aset maritim turut dibawa dan dipamerkan pada LIMA kali ini

Penganjuran LIMA 2017 akan turut menyaksikan buat pertama kalinya penyertaan pesawat terbang tanpa pemandu (UAV) dan kenderaan bawah air autonomus (AUV) seperti MQ1 Predator dan MQ8 Fire Scout dari Amerika Syarikat, Fulmar UAV yang akan dioperasikan oleh APMM, AUV 62AT buatan Saab, dan AUV TBN dari Ukraine.

Kembara Dinie Shazwi

BERBEKALKAN semangat ingin berbakti kepada masyarakat, Mohd. Dinie Shazwi Abdullah, 31, memberanikan diri memulakan ‘Kembara Inspirasi Si Miskin’ pada 1 Mac 2017 […]