Kasut Paling Selesa Untuk Umrah & Haji

on

Aktiviti berjalan kaki untuk tempoh lama seperti melancong keluar negara atau menunaikan umrah mahupun Haji mendambakan kasut yang selesa agar anda dapat menghayati pengalaman yang menyeronokkan.

Sebaliknya, anda akan berasa stress apabila kaki anda berasa sakit dan lenguh sehingga percutian santai bertukar menjadi pengalaman yang menyeksakan.

Pilihan kasut sesuai umrah

Elak keadaan ini dengan memilih kasut yang sesuai dan memberi keselesaan maksima pada anda. Antara pilihan kasut yang memenuhi aspek-aspek keselesaan dan kesesuaian berkenaan ialah jenama Medifeet.

Kasut Medifeet mementingkan aspek keselesaan mengikut bentuk dan masalah kaki anda. Ini disebabkan tidak ramai orang yang mempunyai bentuk kaki yang sempurna.

Misalnya tapak kaki anda jenis mendatar, maka rekaan kasut yang dilengkapi span-span lembut pada bahagian-bahagian tertentu sebelah dalam kasut pasti menjanjikan keselesaan ketika melangkah.

Himpunan berkonsep santai

Menariknya, himpunan kasut Medifeet terbaru merangkumi elemen-elemen kesihatan menerusi penampilan logo teknologi Tiga Titik Penyokong. Ini termasuk penyokong lengkungan (arch support), penyokong metatarsal, pemulihan postur, merangsang pengaliran darah, melegakan titik-titik tekanan dan mengurangkan kaki lenguh.

Tambahan pula, rekaan yang ringkas namun bergaya mencetus keterujaan ketika melangkah. Melangkahlah dengan penuh keyakinan dan keselesaan menerusi kasut Medifeet terbaru ini.

Sporty lagi selesa
Pilihan santai smart
Sesuai untuk ke pejabat atau majlis rasmi
Koleksi sneakers sarung


Booking.com