Kelab Blogger Ben Ashaari Kongsi Ilmu di PBAKL2017

GERAI Kumpulan Utusan yang merupakan salah satu pempamer sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL2018) hari ini dimeriahkan dengan kehadiran enam blogger terkenal Malaysia. 

Mereka yang merupakan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari berkongsi pengalaman sebagai penulis bersama pengunjung. Selain berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bidang penulisan online, mereka turut mengambil kesempatan mempromosikan produk jualan Kumpulan Utusan. 

Kelab Blogger Ben Ashaari merupakan komuniti penulis blog yang mula aktif sejak 2009. Mereka datang dari pelbagai latar belakang usia dan kerjaya. Antara perkara yang dikongsi di laman blog mereka akan kisah hidup, pengembaraan, gaya hidup dan hiburan. 

Enam blogger yang meluangkan masa di gerai Kumpulan Utusan adalah Firdaus dari www.dramafmr.com, Salina (www.salinajohari.com), Tati (www.tatimansur.com), Ummi Nani (www.umminani.com), Huda (www.ceritahuda.com) dan Afiz (www.afizlatif.com). 

Sempena PBAKL2018, Kumpulan Utusan menjual pelbagai produk seperti majalah dan buku terbitan Utusan Karya Sdn Bhd. Semua produk dijual dengan harga promosi serta pakej menarik. 

Pelbagai altiviti lain turut diadakan. Pengunjung yang membuat pembelian juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.

PBAKL2018 berlangsing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula 27 April hingga 6 Mei ini. 



Booking.com