KRABI Destinasi Pertama Sundown Marathon di Thailand

DAERAH Krabi dipilih sebagai destinasi pertama penganjuran Sundown Marathon Thailand Series di negara yang popular dengan gelaran Gajah Putih itu. Acara tersebut bakal berlangsung pada 22 September 2018 dan dijangka menerima  lebih 4000 penyertaan dalam dan luar negara.

Pemilihan Krabi adalah berdasarkan kapasiti daerah tersebut menganjurkan acara besar selain terkenal sebagai tarikan pelancong. Malah Krabi turut menawarkan lebih daripada 10 000 hotel untuk penginapan para peserta.

Para peserta pastinya akan terpukau dengan panorama sepanjang laluan termasuk keindahan pantai dan selain merasa pengalaman cara hidup masyarakat tempatan yang kaya dengan keunikan seni budaya.

Sundown Marathon Krabi 2018 menyediakan dua laluan iaitu 12 dan 24 kilometer mengikut pilihan peserta. Pendaftaran dibuka bermula Jun 2018 di laman web www.sundownthainlan.com. Pelbagai acara lain seperti festival dan konsert turut diadakan bagi memeriahkan acara.

Penganjuran acara larian popular di Asia ini dalam masa sama sebagai sokongan kempen pelancongan Open to the New Shades negara Thailand di mana pengunjung didedahkan dengan lebih banyak tempat menarik di negara tersebut.

Sundown Marathon mula dianjurkan pada tahun 2008 dan Singapura menjadi ruan rumah yang pertama. Negara lain yang pernah terlibat sebagai penganjur adalah Malaysia, Taiwan, China, Filipina  dan Hong Kong.

SUMBER: Tourism Authority of Thailand Newsroom



Booking.com