Mai Pulau Pinang Jangan Lupa Singgah D’Pearl Hotel!

PULAU Mutiara sapa yang tak kenai kan? Bukan sahaja di kalangan orang tempatan, pelancong luar negara pun ramai yang menjadikan Pulau Pinang @ Pulau Mutiara ini sebagai destinasi wajib apabila melancong ke Malaysia.

Pasai apa? Banyak betui yang menarik di pulau yang terletak di utara nih. Selain jadi syurga makanan yang sedap-sedap sehinggalah tempat-tempat menarik di sini.

Mahal? Bak orang kata tak kenal maka tak cinta. Sapa kata semua mahal di Pulau Pinang. Kalau datang `pulau’ jangan balik hari tapi bermalam di sini kerana di sini juga ada hotel bajet yang cukup berbaloi untuk kita yang bertaraf sederhana. Kali ini WOWmalaysia sempat menjengah D’Pearl Hotel yang terletak di Sungai Nibong Pulau Pinang. Pemiliknya, Shah Farin Wahaiyan adalah anak jati di sini.

Lokasi Strategik

Lokasinya memang cukup strategik kerana berhadapan dengan stesen bas ekspres Sungai Nibong. Apa yang pasti, D’Pearl Hotel memang menjadi tempat penginapan yang mudah untuk diakses ke tempat-tempat penting seperti Universiti Sains Malaysia (USM) yang terletak kira-kira lima minit perjalanan.

Malah maktab perguruan RESCAM juga tidak jauh dengan D`Pearl Hotel. Untuk membeli-belah anda hanya perlu bergerak sejauh 1 kilometer dari hotel yang berhampiran dengan pasar raya terbesar di Pulau Pinang iaitu Queensbay Mall dan juga Bukit Jambul Mall. Untuk mereka yang berurusan dengan FTZ (free trade zone), D`Pearl Hotel berada dalam zon yang berhampiran dengan kawasan industri Bayan Baru@Bayan Lepas.

Sekiranya anda datang menerusi perkhidmatan udara, jarak dari lapangan terbang hanya mengambil masa 10 ke 15 minit sahaja. Dan jika mengambil perkhidmatan GRAB tambangnya hanya RM10.00 sahaja. Mudah dan jimat bukan!

Syurga Makanan

Bak kata orang, mai Pulau Pinang memang tak sah kalau tak pekena nasi kandar atau aneka rojak pasembur. Di sini memang banyak kedai mamak popular yang makanannya memang menjilat jari. Tanya sahaja kepada kakitangan D’Pearl Hotel, mereka pasti akan memberi senarai panjang kedai mamak yang wajib anda kunjungi.

Paling tidak, jelajah sahaja pasar malam yang hanya bertempat di belakang hotel setiap hari rabu. Terdapat banyak makanan tempatan yang menarik di pasar malam tersebut.

Murah tapi Bertaraf 5 Bintang

Harga bilik D`Pearl Hotel memang sangat-sangat berbaloi. Hanya bermula dari RM45 hingga RM140 semalam. Anda boleh pilih bilik single, deluxe, twin & family room. Jadi kalau anda dan keluarga nak stay lama di Pulau Pinang pun tak lah rasa terbeban dengan kos yang tinggi.

Keistimewaan D`Pearl Hotel menggunakan perabot dan peralatan hotel yang bertaraf 5 bintang dari segi kualiti tilam dan perabotnya. Hotel ini juga menyediakan perhidmatan wifi percuma sepanjang menginap di sini.

Apa yang menarik D’Pearl Hotel;
*Terletak di Sungai Nibong
*Berdekatan stesen bas
*Bilik bermula RM45 – Rm140.00
*5 minit dari USM, RESCAM dan FTZ
*Jarak 1KM dari Quensbay Mall dan Bukit Jambul Mall