Menjelajah Gua Jomblang dan Gua Grubug di Bumi Jogja

on

Kiriman daripada Siti Rozaida Roslan.

Aktiviti Hari Pertama: 23/4/2017

  • Menjejaki Prambanan Temple.
  • Menikmati Sunset dinner package at Keraton Ratu Bako.
  • Malioboro Mall @Malioboro Street.
Desa Mangunan

Aktiviti Hari Kedua: 24/4/2017

  • Sunrise Mount Merapi.
  • Borobudur Temple.
  • Kalibiru Wisata Alam.
  • Dinner Nasi Bebek Kressi.
  • Shopping di Malioboro Street.

Gunung Merapi
Berpeluang melawat Candi Borobudur

Hari Ketiga: 25/4/2017

  • Menjelajah Gua Jomblang dan Grubug Cave.

Semasa melancong ke destinasi popular di Indonesia iaitu Jogjakarta, kami telah melakukan aktiviti lasak meneroka ke dalam Gua Jomblang. Lokasi ini pernah dijadikan salah-satu lokasi cabaran untuk peserta program televisyen ‘reality show’ terkenal, Amazing Race Asia.

Teruja untuk meneroka Gua Jomblang
Semasa memasuki ke dalam Gua Jomblang menggunakan tali

Kami dibekalkan lengkap dengan peralatan iaitu helmet, harness dan kasut but. Dengan menggunakan tenaga dan kepakaran manusia, kami diturunkan dari atas tebing ke dalam gua Jomblang menggunakan tali.

Kumpulan kami seramai kira-kira 20 orang, termasuk pelancong asing iaitu dari United Kingdom, Jepun dan Singapura, terpaksa hiking dalam hutan yang berlumpur serta menuruni cerun yang curam dan licin untuk ke Gua Grubug.

Perjalanan ke Gua Grubug sangat mencabar kerana gua yang sangat gelap dan keadaan batu yang licin.

Keadaan dalam Gua Grubug sangat mengagumkan, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Terdapat sungai yang mengalir deras dalam gua Grubug. Cahaya hanya datang dari atas menerusi lubang Gua Grubug.

Cahaya dalam Gua Grubug hanya daripada lubang gua
Pemandangan dari dalam gua

Untuk keluar dari gua tersebut, kami terpaksa mendaki semula cerun yang curam dan licin serta merentasi hutan yang berlumpur. Dari dalam gua, kami akan ditarik ke atas menggunakan tali, menggunakan tenaga manusia. Lebih kurang 20 orang yang terdiri daripada orang-orang kampung, mengambil upah menarik kumpulan kami keluar dari Gua Jomblang.

Sangat mengujakan! Satu pengalaman indah yang tidak akan luput dari ingatan sampai bila-bila.

Aktiviti Hari Keempat: 26/4/2017
Melawat ke destinasi;

  • Jurang Tembelan.
  • Rumah Seribu Kayu, Negeri Dongeng.
  • Rumah Hobbit.
  • Hutan Pinus.
  • Tebing Breksi.
  • Lunch Sate Klatak & Nasi goreng kambing.
  • Taman Sari.
  • Menikmati es teller di Malioboro Mall.

Rumah Hobbit


Booking.com