Pacu Adrenalin di SkyTrex Adventure

ANDA gemar melakukan aktiviti ekstreme? Skytrex Adventure adalah satu perkara yang wajib anda cuba untuk menguji tahap kecergasan dan keberanian. Selain itu tempat juga ini akan memacu adrenalin anda untuk selesaikan setiap halangan.

Kali ini WOWMalaysia membawa ke Skytrex Adventure yang terletak di Taman Botani Negara, Shah Alam. Jika mahu ke sini anda dinasihatkan untuk membuat tempahan secara online di www.skytrexadventure.com.

Skytrex Adventure merupakan aktiviti outdoor yang akan membawa anda berjalan di atas pokok setinggi antara 7 hingga 20 meter. Anda boleh memilih trek Little Adventure, Big Thrill atau Extreme Challenge mengikut kesesuaian diri sendiri.

Sepanjang perjalanan anda akan melalui pelbagai cabaran seperti flying fox, cable walk, plank bridge, burger walk dan happy hopper. Jika anda memilih Extreme Challenge, sebanyak 23 cabaran perlu diselesaikan sebelum tamat perjalanan.

Memang penat dan mencabar. Apa lagi bagi mereka yang tidak biasa dengan aktiviti ekstreme. Namun segala penat dan lelah akan hilang tatkala anda melihat keindahan alam semulajadi serta pemandangan hijau sepanjang perjalanan. Udara segar hutan membuatkan anda rasa tenang dan bersemangat untuk meneruskan cabaran.

KESELAMATAN

Tidak perlu risau soal keselamatan kerana anda akan diberi taklimat oleh instructor sebelum memulakan cabaran. Pastinya kelengkapan keselamatan akan diberikan bagi mereka yang sudah membuat tempahan.

Anda juga akan diberi latihan terlebih dahulu supaya dapat membiasakan diri untuk setiap cabaran. Jadi perlu peka dengan taklimat dan sentiasa mematuhi arahan yang diberikan. Jangan terlalu ghairah sehingga mengabaikan keselamatan diri sendiri.

Taklimat keselamatan sebelum mulakan cabaran. FOTO: ROHAIDA ZULKIFLI.

MESRA ALAM

Setiap cabaran yang direka pada batang pokok menggunakan teknologi canggih dari Perancis. Justeru Skytrex Adventure bukanlah aktiviti yang merosakkan alam semesta. Anda tidak akan nampak sepucuk paku sekali pun pada batang pokok.

Malah pihak Skytrex Adventure juga akan memilih pokok yang betul-betul sesuai digunakan. Trek akan diubah jika ada mana-mana pokok yang terjejas akibat pembinaan cabaran tersebut.

Selain dapat melakukan aktiviti ekstreme, Skytrex Adventure dalam masa sama mendidik pengunjung untuk lebih mencintai hutan semulajadi. Ia turut memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga bumi hijau.



Booking.com