Peningkatan Jumlah Penerbangan Tarik Pelancong Australia

MALAYSIA dijangka bakal menerima lebih ramai pelancong dari Australia dengan penambahan penerbangan oleh Malaysia Airlines (MAS) dan Malindo Air. Bermula 6 Jun lalu MAS membuka semula laluan Brisbane – Kuala Lumpur dengan empat penerbangan seminggu dan jumlah kapasiti 1160 tempat duduk.

Penumpang dari Australia juga boleh memilih untuk ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Malindo dari Melbourne bermula 7 Jun lalu. Laluan tersebut menawarkan 1125 tempat duduk seminggu untuk empat kali penerbangan.

Penambahan kapasiti ini menyaksikan jumlah penerbangan sebanyak 123 seminggu dengan  37 065 tempat duduk yang ditawarkan oleh MAS, AirAsia X dan Malindo Air menerusi bandar utama seperti Sydney, Melbourne, Perth, Adelaide, Brisbane dan Gold Coast.

Menurut Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab, penambahan jumlah ini akan menarik minat lebih ramai pelancong Australia ke negara kita. Dalam masa sama beliau juga berharap agensi pelancongan dapat menawarkan pelbagai pakej menarik untuk kedua-dua negara.

Tahun lalu Malaysia menerima sejumlah 351 232 pelancong Australia dan mensasarkan sebanyak 695 500 pada tahun ini.



Booking.com