Percutian ala ‘Diraja’ di Pulau Rawa, Johor

Okey, di sini saya ingin kongsikan pengalaman dan gambar-gambar sepanjang trip saya ke Pulau Rawa, Johor.

Saya pergi dengan husband dan dua lagi couple married kawan saya. Kami pergi 3h2m untuk sambut birthday husband saya. Pelampung semua tu saya dan kawan saya yang punya sendiri, kami beli dari website ebay. Air laut mmg 100% bersih dan jernih.

Sampah langsung tak ada sepanjang pulau ni, memang kawasan dijaga rapi mungkin sebab ia kawasan private milik Sultan Johor.

Harga package kami RM600++ seorang termasuk tempat tinggal, makan 3 kali sehari, set snorkeling, kayak dan boat transfer. Harga berbeza mengikut jenis bilik – yang paling mahal RM1k++ dan ada penginapan khemah cuma RM400++ siap ada tilam dan kipas.

Ada yang cakap mahal and compare dengan pantai-pantai lain, banyak lagi tempat cantik dan menarik. Tapi bagi saya, setiap lokasi ada tarikan tersendiri. Contoh, di Pulau Rawa ini ada gelongsor air yang terus masuk dalam laut, memang first pengalaman yang sangat awesome buat kami suami isteri layan jiwa muda. Hehe!

Dan, tempat ni cuma boleh memuatkan pengunjung max 80 org sahaja. Utk booking hanya melalui e-mail website Resort Alang Rawa. Agak susah nak dapatkan feedback sebab ramai orang nak datang sini, tapi pihak resort terpaksa hadkan dari semasa ke semasa. So, kalau teringin nak datang ke sini, kena bersabar untuk booking ye!

Kredit: Suhaila Rahim via Oh Media

Facebook: Suhaila Rahim

Destinasi: Pulau Rawa, Johor

Bajet: RM600++ seorang

Keterangan: Bulan madu