Road To Agro Tourism 3: Edisi Khas KL ke Putrajaya

Hari Kedua: MAEPS Agro Tourism Park

Panorama dari tingkat 27 Hotel Tamu & Suites, Kampung Baru

Pada pagi sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2018 lalu, rombongan 50 orang media/blogger menaiki bas Hop On Hop Off bertolak dari Hotel Tamu & Suites di Kampung Baru untuk meneruskan kembara kami. Jalanraya yang lengang melancarkan perjalanan kami sambil diiringi pula 10 buah motor berkuasa tinggi dan dua buah karavan menuju ke Putrajaya.

Rombongan media/bloggers melepasi Plaza Sg. Besi, Kuala Lumpur. Foto: MTC

 

 

 

 

Dalam perjalanan, kami singgah di MAEPS Agro Tourism Park, Serdang yang merupakan lokasi agro pelancongan terbesar di Malaysia.  Ini merupakan inisiatif Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi Agrotourism menerusi penganjuran Road To Agro Tourism.

Selama ini MAEPS di Serdang, Selangor dikenali dengan penganjuran tahunan MAHA yang menampilkan pameran pelbagai jenis produk agro tempatan termasuk buah-buahan, perladangan dan penternakan. Road To Agro Tourism Siri 3 (RTA3) memberi pendedahan sebenar mengenai pelbagai tarikan yang terdapat di MAEPS untuk orang ramai sebagai tempat beriadah bersama keluarga sambil mengenali alam sekitar.

Laman Agro MAEPS menampilkan lapan laman utama iaitu Laman Herba, Laman Sayur, Laman Padi, Laman Nenas, Laman Florikultur, Laman Perikanan, Laman Ternakan dan Laman Jentera. Namun lawatan singkat rombongan media-blogger hanya mampu mengunjungi empat lokasi sahaja iaitu MAEPS Ecofarm, Laman Herba, Laman Padi dan G2G Animal Garden. Turut disediakan ialah penginapan berkonsep tubular dan kontena di Nafas Cube.

Disetiap laman dilawati, kami berpeluang mencuba hidangan makanan yang disediakan. Misalnya, House of Kambing menyajikan hidangan istimewa Nasi Goreng Kambing, Sup Kambing dan Kambing Bakar yang begitu enak!

Selain sup kambing, ada nasi goreng kambing dan kambing bakar yang sangat sedap!

 

 

 

 

 

Menariknya, kami berpeluang menikmati madu lebah kelulut ‘fresh’ menyedut menggunakan straw dari sarangnya di Laman Herba. Selain itu, kami juga mencuba Jus Pegaga Limau Kasturi yang menyegarkan tekak dalam cuaca  tengahari yang panas! Kami juga tidak akan lupa keenakan sajian ala desa Nasi Bendang di Laman Padi yang menghadap sawah bendang! Terasa bagai berada dalam suasana  kampung yang damai. Kemuncak sesi makan kami ialah menu nasi beriani kambing ditaja oleh Techno Café…

Menyedut madu lebah kelulut segar dari sarang
Enaknya Nasi Bendang!

 

 

 

Lawatan rombongan media-blogger ke MAEPS Agro Tourism Park berakhir di G2G Animal Garden yang menempatkan haiwan-haiwan eksotik seperti Bearded Dragon, Macau Parrot dan Ayam Serama.  Pengunjung boleh bermesra dengan haiwan-haiwan tersebut dibawah seliaan petugas-petugas di situ. Kami berpeluang menginap di Nafas Cube sebelum meneruskan program Road To Agro Tourism 3 ke Putrajaya pada keesokannya.

 

Foto: Zulhilmi Zaini, Utusan Karya Sdn Bhd