Team WOWmalaysia Teroka MAEPS Agrotourism Park

TERUJA dan menyeronokkan! Itulah suasana yang dapat digambarkan ketika lawatan kami iaitu team laman web pelancongan WOWmalaysia (terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. / UKSB) ke MAEPS Agrotourism Park semalam (13 Februari 2018).

MAEPS atau Malaysia Agro Exposition Park Serdang ini memberi peluang kepada 25 orang team WOWmalaysia melawat beberapa lokasi tarikan ramai iaitu MAEPS Ecofarm yang turut menempatkan restoran House of Kambing, Laman Herba, Laman Padi, Laman Nanas dan MAEPS Bistro.

 

Setibanya di Laman Tiba 1 pada pukul 10.30 pagi, kami disambut dengan hidangan buah-buahan segar bersama minuman tropical fruit punch sebelum sesi pengenalan di dalam bilik mesyuarat di situ.

Untuk menuju ke tempat-tempat tersebut, dua buah tram dan sebuah Caravan daripada C.A.M Caravan disediakan bagi memudahkan perjalanan kami sepanjang lawatan.

MAEPS Ecofarm & House of Kambing

Tempat pertama yang dilawati adalah Ecofarm. Tempat ini mendedahkan kepada kami tentang pengembalaan kambing dan unta di sebuah ladang.

Apa yang menarik, sebahagian besar ahli rombongan yang tidak pernah melihat unta secara berhadapan, berpeluang untuk berswafoto dan memberi makan kepada haiwan tersebut. Haa, unta-unta ni ada nama tau. Yang jantannya bernama Jamal dan yang betina pula bernama Minah. Minah sedang bunting dan anak yang dilahirkan bakal menjadi baby pertama unta di MAEPS Ecofarm.

Paling menarik, kami dijamu dengan hidangan daging kambing  di House of Kambing yang ternyata sedap sambil menikmati pemandangan indah yang kehijauan.

Team WOWmalaysia berpeluang memberi makanan kepada unta dan kambing-kambing di MAEPS Ecofarm
Melawat ke kandang kambing
Kambing grill kat sini memang ohsem!

Laman Herba

Sejurus selepas itu, kami dibawa melawat ke Laman Herba. Di situ, rombongan diberi penerangan tentang herba-herba dan spesis kelulut yang terdapat di Malaysia.

Apa yang seronoknya, kami boleh merasai sendiri dengan menyedut (menggunakan straw) madu lebah kelulut yang segar daripada sarangnya.

Bukan itu sahaja, sebelum bertolak ke lokasi ketiga, kami turut diberi minum jus pegaga limau kasturi (hasil dari Laman Herba) yang mempunyai banyak khasiat untuk tubuh.

Mendengar penerangan daripada tour guide kami mengenai herba-herba yang terdapat di sini
Sarang madu kelulut
Kami tidak ketinggalan menyedut madu segar dari sarang.
Proses menyedut madu kelulut

Laman Padi

Selesai menerokai Laman Herba, lawatan diteruskan pula ke Laman Padi di mana terdapatnya Galeri Padi yang mempamerkan informasi berkaitan padi seperti spesis-spesis padi, teknik menanam serta menuai, mesin pengering padi, jenis-jenis peralatan dan sebagainya.

Kami turut berpeluang menjamu  lemang (hasil dari Laman Padi) dalam rod besi yang dimakan bersama serunding daging dan ayam sambil menikmati pemandangan sawah padi yang permai persis berada di kampung sendiri.

Pemandangan di Laman Padi yang nyaman

Kami turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenangan berlatar belakangkan sawah padi

Laman Nanas

Lokasi terakhir yang kami lawati ialah Laman Nanas. Di sini kami diberi peluang merasai kemanisan Nanas MD2 serta produk-produk berasaskan nanas seperti jus nanas dan tart nanas.

Tidak ketinggalan, kami turut dijamu makan tengah hari di MAEPS Bistro yang menyediakan makanan nasi berlauk daging kambing dan ayam serta sate istimewa oleh Satay Station.

Selain team WOWmalaysia, lawatan ini turut disertai oleh Pengarah Eksekutif/ Ketua Pengarang Majalah, Arffin Nordin, Pengurus Kanan Operasi, Azlan Abdul Aziz, Pengarah Kreatif, Rashid Abdul Aziz dan Pengarang Kanan Unit Majalah Umum merangkap penyelaras WOWmalaysia, Zulkarnain Zakaria dari UKSB.

Malah, Ketua Pegawai Operasi MARDI MAEPS Sdn. Bhd. (MMSB), Norafizah Rahman turut hadir.

Semoga hubungan yang terjalin ini memberi manfaat untuk kedua-dua belah pihak.

Jangan lupa terus baca info-info pelancongan di laman sesawang WOWmalaysia iaituwww.wowmalaysia.com.my

Sebarang maklumat tentang MAEPS, boleh hubungi di talian ‪03-89484699‬ atau layari laman sesawang www.maeps.com.my.

Team WOWmalaysia bersama warga MARDI MAEPS Sdn Bhd