Tip-tip Periksa Kenderaan Untuk Perjalanan Jauh

Dah stanby ke nak balik raya? Kenderaan dah servis? Jangan pula ada masalah di tengah jalan. Elakkan menyusahkan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Jom cuba tip di bawah

1) Periksa Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang-kurangnya separuh tangki. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar.

2) Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin
Cabut dipstick dan bersihkan kemudian pasang kembali dipstick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada paras minimum dan maksimum. Tambahkan minyak enjin jika paras minyak berada di bawah tanda minimum.

3) Pemeriksaan Kandungan Minyak Brek
Periksa aras minyak brek pada tabung harus berada di antara minimum dan maksimum. Tambahkan jika kurang. Hati-hati, jangan sampai minyak brek tumpah ke body kenderaan. Bersihkan dengan air jika minyak brek menitis pada body kereta.

4) Pemeriksaan Minyak Power Steering
Aras minyak power steering pada tabung harus di antara minimum dan maksimum. Tambahkan jika kurang. Periksa juga keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap = perlu diganti).

5) Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki. Jumlah air radiator harus berada pada aras minimum dan maksimum, tambahkan jika kurang. Buka tutup radiator dan periksa jumlah air. Air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi air terlalu banyak sehingga melepasi aras kerana dikhuatiri air coolant melimpah keluar.

6) Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel kerana air ini tiada klorin.
* jika nak tambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus

7) Periksa Getah wiper
Periksa getah wiper kalau ade kerosakan. Pasangkan motor wiper dan pancutkan air pada nozzle. Lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.

8) Pemeriksaan Sistem Aircond
Hidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara di dalamnya. Kalau berbuih-buih, itu tandanya gas dah nak habis atau terdapat kebocoran gas berlaku pada paip.
* Sign glass adalah kaca transparent yang terdapat pada paip aircond, untuk melihat refrigerant.
* Periksa suhu hembusan angin dengan tangan sama ada rasa wap aircond atau tidak di tapak tangan.

9) Pemeriksaan Drive Belt, Aircond Belt dan Kipas
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin untuk memutarkan komponen tambahan antaranya pully aircond, kipas radiator, alternator dan kompresor aircond . Drive belt tengoklah kalau kat tepi-tepi belt dah berbenang dan berbulu-bulu tu tandanya dah sepatutnya tukar. Hidupkan enjin dan periksa fungsi kipas berjalan lancar.

 

Info: Perodua Utara



Booking.com