Tren Ke LTSAAS Beroperasi 1 Mei

on

Orang ramai yang mahu ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang kini mempunyai alternatif yang lebih mudah dan cepat menggunakan perkhidmatan Skypark Link dari Kuala Lumpur mulai 1 Mei 2018.

Dari KL Sentral, mereka boleh menaiki tren untuk ke Terminal Skypark yang cuma mengambil masa kira-kira 30 minit untuk perjalanan sejauh 26 kilometer. Skypark Link menyediakan perkhidmatan ekspres dan berhenti di tiga buah stesen iaitu KL Sentral, Subang Jaya dan Terminal Skypark.

Sebanyak 26 perkhidmatan tren disediakan setiap hari antara dua buah stesen itu. Tren tersebut menggunakan tiga gerabak yang boleh memuatkan 300 orang bagi setiap perjalanan.

Perjalanan tren pertama dari Stesen KL Sentral bermula dari pukul 5.30 pagi dan berakhir pukul 9.25 malam. Manakala tren dari Terminal Skypark bermula pada pukul 7.50 pagi dan berakhir pukul 11.20 malam.

Skypark Link dihubungkan dengan Rapid KL laluan Kelana Jaya, MRT, Monorel dan ERL d Stesen KL Sentral.

Bermula dari 1 Mei, penumpang tren Skypark Link milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini boleh menggunakan perkhidmatan tersebut secara percuma sehingga 1 Jun 2018 sebelum tambang sebenar diumumkan.

Sumber: Utusan Online.



Booking.com