Umrah & Haji: Wanita 25 tahun dibenar masuk tanpa mahram

Wanita berusia 25 tahun dan ke atas kini dibenarkan masuk ke Arab Saudi menggunakan visa pelancong, kata jurucakap Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan Arab Saudi (SCTH).

Ketua Pengarah, Jabatan Pelesenan SCTH, Omar Al-Mubarak, berkata: “Visa pelancong akan berfungsi sebagai visa masuk tunggal dan ia sah selama 30 hari.

“Visa ini turut merangkumi mereka yang sudah berada di Arab Saudi, termasuk bagi mereka yang bekerja, melancong, menunaikan haji dan umrah”.

Namun, kebenaran itu tidak membabitkan wanita berusia 25 tahun ke bawah, dan mereka perlu ditemani ahli keluarga atau mahram untuk masuk ke negara itu.

Peraturan membabitkan pengeluaran visa pelancong itu akan diumumkan dalam tempoh suku pertama tahun ini.