Pesawat Lion Air bawa 189 penumpang terhempas

Pesawat Lion Air JT-610 yang baru kira-kira 13 minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten pada 29 Oktober 2018, disahkan terhempas di perairan dekat Karawang, Jawa Barat sekitar pukul 06.33 WIB (Waktu Indonesia Barat). Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu berlepas pada pukul 06.20 WIB dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Pangkal…

Jeti runtuh di Pulau Anak Tikus

  Sekumpulan pensyarah dan penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berdepan detik cemas apabila 12 orang daripada mereka terjatuh ke dalam laut apabila sebuah jeti konkrit di Pulau Anak Tikus, Langkawi roboh. Dalam kejadian pada 29 Oktober itu, sekumpulan 40 pelancong termasuk kumpulan dari UMK baru tiba di jeti berkenaan pada pukul 1.50 petang. Menurut Ketua…

Hilton Garden Inn, Berkonsep Bisnes & Percutian

Alangkah seronoknya dapat bersantai semasa anda keluar daerah atas urusan kerja… Inilah konsep penginapan ‘Brighthearted Hospitality’ yang dijanjikan HiIton Garden Inn Puchong, Selangor yang baru dirasmikan pada 24 Oktober lepas. Hilton Garden Inn Puchong menyertai sembilan buah hotel lain yang diurus oleh Hilton di Malaysia. Puchong, antara kawasan di Lembah Klang yang rancak membangun, merupakan…

Bergaya dan selesa dengan koleksi terbaru MediFeet

Masalah kaki usah dipandang remeh, terutama kala bercuti. Berkunjung ke tempat menarik sekali pun boleh menjadi tidak menyeronokkan apabila kaki mula berdenyut-denyut sakit akibat kasut terlalu ketat, kaki melecet, sendi atau belakang berasa sakit. Kalau anda antara orang yang sering berdepan masalah memilih kasut yang selesa, kunjungilah pusat jualan MediFeet kerana penyelesaian masalah anda boleh…

Pakej Pelancongan Istimewa Cuti Sekolah `It’s All HERE!’

Rebut pakej-pakej pelancongan dalam negara yang menarik untuk bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah bermula November ini dalam karnival `It’s All HERE!’ anjuran Tourism Malaysia. Karnival tersebut akan diadakan pada 25 dan 26 Oktober ini (Khamis dan Jumaat) dari pukul 10 pagi hingga 6 petang di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya, Presint…

Undang-undang Pelik Luar Negara

Sememangnya kita tidak mahu berdepan dengan apa jua masalah undang-undang kala di luar negara. Jadi usah ambil mudah; selidik dahulu maklumat mengenai negara yang bakal anda kunjungi itu. Ini kerana ada sesetengah negara yang mempunyai undang-undang terhadap perkara-perkara yang mungkin kita anggap remeh sahaja. Sebahagiannya ialah seperti contoh berikut: Portugal – Pengunjung ke pantai-pantai Portugal…

Resorts di ESSZONE Digesa Pasang CCTV HD

PENGUSAHA pusat peranginan, pemilik bot nelayan dan pengusaha ikan dalam sangkar di sekitar kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) digesa agar meningkatkan tahap keselamatan dengan memasangan Video Litar Tertutup (CCTV) HD dan Sistem Pengenalan Automatik (AIS). Tindakan tersebut  membantu dalam mengesan penjenayah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah,…

Avani SGC, Vitamin ‘Sea’ & Terapi Minda

  Suasana persekitaran yang luas saujana mata memandang mampu mempengaruhi minda dan jiwa untuk berasa ketenangan dan keindahan alam ciptaan Ilahi. Pengalaman tersebut ibarat satu terapi jiwa yang sangat berkesan. Begitulah yang saya alami, dan mungkin anda juga, jika berpeluang bersantai di pusat peranginan terkenal Avani Sepang Goldcoast, Selangor. Tambahan pula percutian tersebut disertai ahli…

Pasport Malaysia Banyak Hilang di Thailand

Thailand atau lebih spesifik kota Bangkok mencatatkan antara kawasan kehilangan pasport Malaysia tertinggi. Menurut laporan, 90% kes kehilangan berlaku di pusat membeli-belah utama sekitar bandar raya tersebut. Pihak Kedutaan Malaysia di sana menerima 87 laporan kehilangan sejak Januari hingga September tahun ini. Manakala sebanyak 124 pasport dilaporkan hilang pada tahun lalu. Antara faktor kehilangan adalah…

Nak Tahu Bajet Backpacking di Eropah?

Mendengar cerita orang yang pernah kembara backpack di Eropah,  pasti anda pun teringin mengikut jejak mereka. Kalau anda ada keinginan untuk mengembara sebagai backpacker di Eropah, Alpha Travel Insurance mengeluarkan senarai kos mengembara di 60 buah destinasi di Eropah. Kos tersebut termasuk kos  penginapan, dua perjalanan menggunakan pengangkutan awam, tiga sajian bajet, minuman dan satu…

Ayuh Sertai Larian Green Fun Run 2018 di PD

KIRA-KIRA 600 peserta dijangka menyertai “Larian Green Fun Run 2018”, bermula di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20 Oktober 2018, Sabtu depan. Program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama MPPD dan Politeknik Port Dickson diadakan sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018.Jurucakap urus setia larian, Noor Hairunnisa binti Mohamad berkata larian tujuh…

Santorini Hadkan Berat Penunggang Keldai

Santorini adalah sebuah pulau di Greece. Ketika musim puncak pelancongan antara Mei hingga Oktober, lebih 1,000 buah kapal persiaran akan singgah di pulau itu. Memandangkan muka buminya yang berbukit-bukit, keldai digunakan untuk membawa pelancong mengeliling pulau tersebut yang mempunyai beratus-ratus tangga batu berturap. Keldai ini digunakan sepanjang hari, tujuh hari seminggu, tanpa perlindungan, rehat dan…