10 Negara Paling Bahaya Untuk Dilawati

MELANCONG ke luar negara memang menyeronokkan. Bukan sahaja dapat `bertukar angin’ daripada rutin hidup biasa, tetapi membuka minda untuk bertemu kenalan baru, mengenali adat dan budaya orang lain, menikmati alam ciptaan Tuhan dan sebagainya.

Namun tidak tidak semua tempat aman atau selamat dikunjungi. Sesetengah negara sedang berperang, ada bandar yang tinggi kadar jenayahnya dan ada tempat menjadi sasaran pengganas.

Forum Ekonomi Dunia baru-baru ini mengeluarkan Laporan Kebolehsaingan (Competitiveness) Pengembaraan dan Pelancongan, yang menganalisis keadaan sektor pelancongan di 136 negara serata dunia.

Laporan itu antara lain memberi penarafan keselamatan negara-negara terbabit. Ia mengambil kira setakat mana pelancong dan perniagaan di negara-negara itu terdedah kepada risiko keselamatan.

Penarafan itu tidak mengambil kira jenayah-jenayah kecil, sebaliknya menekankan risiko ancaman besar kepada umum seperti jenayah kekerasan dan keganasan.

Berikut 10 negara paling bahaya untuk dilawati berdasarkan laporan tersebut:

  1. Colombia

Walaupun negara Amerika Selatan ini mempunyai destinasi pelancongan terbaik di dunia seperti Medellin, tetapi ia disenaraikan paling bahaya kerana negara tersebut banyak gang yang terbabit dengan jenayah culik, dadah, rompakan dan sebagainya.

FOTO: www,fotopedia.com
  1. Yaman

Negara ini sedang berperang. Kumpulan-kumpulan pemberontak dan ektremis bergerak aktif. Malah rakyatnya juga sukar mendapat kemudahan asas seperti makanan, air dan bantuan perubatan.

  1. ElSalvador

Negara ini mempunyai kadar homisid (pembunuhan) tertinggi di dunia. Jenayah-jenayah kekerasan seperti ugutan, pengedaran dadah dan senjata sering dilakukan oleh gang-gang.

  1. Pakistan

Konflik keagamaan sudah lama menghantui Pakistan. Konflik tersebut adakalanya membawa kepada keganasan yang membahayakan orang awam.

  1. Nigeria

Kumpulan ekstremis seperti Boko Haram dan IslamicStateWestAfrica sering bertindak ganas di negara ini. Sasaran mereka ialah kawasan yang menjadi tumpuan ramai seperti gereja, sekolah, restoran, hotel dan pusat hiburan.

  1. Venezuela

Venezuela mempunyai kadar jenayah paling tinggi di dunia.  Rompakan bersenjata, bunuh, culik, curi kereta adalah perkara biasa di negara itu.

  1. Mesir

Kumpulan-kumpulan pengganas di negara ini memberi ancaman terutama di tempat-tempat umum, termasuk kawasan tarikan pelancong. Malah pengangkutan awam juga menjadi sasaran mereka.

  1. Kenya

Letupan bom, tembakan dan tikaman antara serangan yang biasa berlaku di bandar, termasuk di ibu negaranya, Nairobi.

  1. Honduras

Negara ini adalah salah sebuah negara yang mempunyai kadar pembunuhan tertinggi di dunia, selain itu dicemari penyedaran dadah dan pelbagai jenayah lain. Memburukkan lagi keadaan ialah kurangnya kehadiran anggota keselamatan seperti polis dan tentera.

  1. Ukraine

Pertembungan antara pasukan keselamatan Ukraine dan tentera pemberontak yang disokong Rusia menjadikan negara ini tidak selamat untuk dikunjungi. Kawasan timur dan tenggara negara itu terutamanya, perlu dielakkan.

 



Booking.com