10 Syarikat Penerbangan Terbaik & Terburuk 2018

AirHelp, sebuah syarikat yang menyokong pengguna mendapat ganti rugi dalam kes-kes kelewatan dan pembatalan penerbangan, telah mengeluarkan senarai syarikat penerbangan terbaik dan paling buruk bagi tahun 2018.

Senarai tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik yang menggunakan data-data daripada 72 buah syarikat penerbangan yang diperoleh bagi suku pertama tahun ini.

Kedudukan syarikat-syarikat terbabit dibuat berdasarkan tiga faktor: ketepatan jadual penerbangan, kualiti perkhidmatan dan bagaimana sesebuah syarikat memproses tuntutan para pelanggannya.

Maka sesetengah syarikat penerbangan yang menepati waktu  penerbangan mungkin tidak mendapat ranking yang tinggi kerana tidak memberi khidmat yang baik atau lambat memproses tuntutan pelanggan.

Berikut 10 syarikat penerbangan terbaik 2018 mengikut penilaian AirHelp:

  1. Qatar Airways
  2. Lufthansa
  3. Etihad Airways
  4. Singapore Airlines
  5. South African Airways
  6. Austrian Airlines
  7. Aegean Airlines
  8. Qantas
  9. Air Malta
  10. Virgin Atlantic

10 Syarikat Terburuk 2018 pula:

  1. WOW Air
  2. Royal Jordanian Airlines
  3. Pakistan International Airlines
  4. EasyJet
  5. Air Mauritius
  6. Ryanair
  7. Korean Air
  8. Iberia
  9. Aerolineas Argentinas
  10. Jet Airways

Sumber: Bloomberg

 



Booking.com