10 Tip Persediaan Melancong

1. Tempah tiket penerbangan awal

Buat tempahan dua atau tiga bulan lebih awal kerana lazimnya harga ditawarkan akan lebih murah. Untuk lebih banyak penjimatan, tempah tiket apabila syarikat penerbangan membuat promosi atau pada tarikh di luar musim cuti.

2. Buat salinan pasport

Selain tidak lupa membawa pasport asal, buat juga salinan pasport sebelum berangkat. Ini bagi memudahkan urusan sekiranya anda kehilangan dokumen penting itu di luar negara.

3. Kasut yang selesa

Ini sangat penting. Percayalah, kalau kaki melecet disebabkan kasut, ia boleh merosakkan percutian yang dirancang.

4. Vaksinasi

Jatuh sakit di negara orang bukanlah sesuatu yang anda inginkan, lebih-lebih lagi jika anda pengembara bajet. Sesetengah mensyaratkan anda mendapatkan suntikan tertentu sebelum masuk ke negara mereka. Jadi, ambil langkah awal, dapatkan vaksinasi.

5. Kad diskaun

Kos pengangkutan, bayaran ke tempat-tempat tarikan dan sebagainya dapat dikurangkan sekiranya anda mempunyai kad diskaun. Di banyak negara, kad-kad ini disediakan untuk para pelancong. Sebelum ke destinasi itu, buatlah kajian untuk dapatkan kad-kad diskaun itu.

6. Bawa sedikit barang

Apabila melancong, anda akan sentiasa bergerak. Jadi, bawa barangan yang perlu sahaja. Tak perlu bawa satu wardrobe ye.

7. Bawa keperluan lain yang tidak kurang penting

Tuala, lampu suluh, kit pertolongan cemas dan sanitizer. Anda juga perlu ada mangga kecil untuk mengunci beg atau barangan dalam loker, terutama jika tinggal di hostel. Adalah lebih baik jika anda menggunakan mangga yang menggunakan nombor kombinasi, bukan anak kunci, kerana jika anak kunci itu berkemungkinan hilang, akan menimbulkan masalah pula.

8. Ambil gambar bagasi

Ini sebagai langkah berjaga-jaga, Manalah tahu bagasi anda hilang, gambar yang diambil akan memudahkan proses tuntutan insuran.

9. Selitkan tunai untuk kecemasan

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin kad ATM atau kad kredit anda tercicir, masa itulah tunai terselit ini boleh digunakan.

10. Buat kajian

Bacalah sedikit sejarah tempat yang bakal dilawati, pelajari sedikit bahasa dan budayanya. Ini akan membuat lawatan anda lebih bermakna. Takkan pergi melancong sekadar untuk memuatnaik gambar di Instagram atau Facebook sahaja. Nikmatilah pengembaraan dengan memahami budaya dan kehidupan manusia lain.

(Photo by STIL on Unsplash, Photo by rawpixel on Unsplash)



Booking.com