10 Tip Selesa Dalam Pesawat

Perjalanan yang tidak selesa boleh mempengaruhi mood semasa bercuti. Kalau anda menaiki kenderaan yang dipandu sendiri, pastikan anda merancang perjalanan agar tidak terlalu lama sebelum tiba ke tempat di mana anda boleh berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.

Bagaimana pula kalau menaiki pesawat? Kalau mahu selesa dalam kapal terbang, terutamanya untuk perjalanan jauh, anda boleh menggunakan tip berikut:

  1. Jika anda seorang yang bertubuh besar atau tinggi, tempahlah tempat duduk di bahagian aisle agar dapat duduk, bangun atau meregang kaki dengan lebih mudah.
  1. Sebelum menaiki pesawat, pergilah ke tandas dan `legakan perut’. Percayalah tandas dalam pesawat tidak selesa untuk `urusan besar’.
  1. Letakkan beg di ruang atas tempat duduk. Sebelum itu, keluarkan barangan yang perlu sahaja. Elakkan daripada meletak beg di bahagian bawah tempat duduk agar anda mempunyai lebih ruang untuk menggerakkan kaki.
  1. Pakai pakaian longgar yang selesa. Selain itu, suhu dalam pesawat ada kalanya agak sejuk, pakai pakaian yang sesuai, atau bawa selimut kecil jika syarikat penerbangan tidak menyediakan selimut.
  1. Pakai stoking kompresi untuk mengelak kaki bengkak dan mengurangkan risiko deep vein thrombosis.
  1. Bawa bantal leher untuk tidur dengan lebih selesa.
  1. Bangun dari tempat duduk anda dan berjalan di dalam pesawat sekali dua agar dapat memperbaiki aliran darah di kaki dan tangan.
  1. Jika mudah terkena travel sickness (mabuk), elakkan daripada membaca atau menonton di skrin, terutama jika ada aksi-aksi yang laju. Ini akan memburukkan lagi travel sickness.
  1. Minum banyak air kosong kerana udara dalam pesawat agak kering dan menyebabkan dehidrasi. Elakkan minum, kopi, minuman bergas atau alkohol.
  1. Masukkan semula barang-barang seperti telefon, headphone dan sebagainya yang telah anda gunakan ke dalam satu dompet khas. Ini untuk mengelakkan barang-barang tersebut tercicir di dalam pesawat.

 



Booking.com