12 Kawasan Rekreasi Air Berbahaya & Mengundang Maut!

on
Pantai Tok Bali, Kelantan menjadi tumpuan pengunjung untuk beriadah pada hujung minggu dan musim cuti.

Aktiviti air memang menyeronokkan, tapi pastikan anda mematuhi arahan yang diberikan di tempat berkenaan bagi mengelakkan berlakunya tragedi.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru-baru ini mengeluarkan senarai 12 tempat rekreasi air dalam negara yang dianggap berbahaya. Pengunjung yang pergi ke tempat-tempat itu diingatkan supaya berhati-hati ketika melakukan sebarang aktiviti di situ.

Dua belas kawasan berikut ialah:

  1. Sungai Kampung Batu Payung, Tawau, Sabah.
  2. Sungai SJKC Kampung Timah, Selangor.
  3. Sungai Ciling, Selangor.
  4. Sungai Gasi, Selangor.
  5. Sungai Kampung Sabak, Kelantan.
  6. Empangan Semenyih, Selangor.
  7. Air Terjun Sungai Sendat, Selangor.
  8. Air Terjun Lata Berembun, Pahang.
  9. Air Terjun Chamang, Pahang.
  10. Pantai Nipah, Kelantan.
  11. Muara Tok Bali, Kelantan.
  12. Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Air Terjun Chamang, Pahang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Senarai tersebut diberikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pemberita selepas melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air di Pulau Warisan, Terengganu pada akhir September lalu.



Booking.com