2017 Tahun Terbaik Pelancongan – UNWTO

on

Tahun 2017 merupakan tahun terbaik dalam industri pelancongan dengan ketibaan pelancong antarabangsa mencecah 1,323 juta orang – iaitu pertambahan 84 juta daripada tahun sebelumnya.

Edisi Sorotan Terbaik Pelancongan 2018 UNTWO (UNTWO Tourism Highlights: 2018 Edition) yang dikeluarkan pada Ogos lalu oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) menyatakan, pertumbuhan pada 2017 itu merupakan pertumbuhan paling tinggi sejak 2010, dipacu oleh rantau Afrika dan Eropah yang masing-masing mencatatkan pertambahan pelancong sebanyak 9 peratus dan 8 peratus.

Manakala pendapatan pelancongan meningkat sebanyak 5 peratus pada tahun tersebut, dengan jumlah eksport pelancongan keseluruhan bernilai AS$1.6 trilion yang meletakkan pelancongan pada kedudukan ke-3 dalam sektor eksport dunia. Pendapatan itu bersamaan 7 peratus hasil eksport dunia.

Warga China berbelanja paling banyak ketika melancong.

Pelancong dari China mendahului dari segi perbelanjaan, dengan menyumbangkan AS$258 bilion kepada pelancongan antarabangsa pada 2017 (hampir 20 peratus daripada jumlah perbelanjaan pelancong pada 2017 yang berjumlah AS$1.3 trilion).

Jepun termasuk dalam senarai 10 negara yang memperoleh pendapatan tertinggi melalui pelancongan pada tahun ini.

Trend peningkatan pelancong itu masih diteruskan dengan pertambahan 6 peratus ketibaan pelancongan dalam tempoh Januari dan April tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Pertumbuhan ini didorong oleh rantau Asia dan Pasifik (8 peratus) dan Eropah (7 peratus).

Mexico berada di tangga ke-6 negara paling banyak dikunjungi pada 2017.

Berikut adalah 10 negara yang mencatatkan ketibaan pelancong tertinggi pada 2017:

  1. Perancis – 86.9 juta pelancong
  2. Sepanyol – 81.8 juta
  3. Amerika Syarikat – 75.9 juta
  4. China – 60.7 juta
  5. Itali – 58.3 juta
  6. Mexico – 39.3 juta
  7. United Kingdom – 37.7 juta
  8. Turki – 37.6 juta
  9. Jerman – 37.5 juta
  10. Thailand – 35.4 juta

UNTWO ialah sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab mempromosikan pelancongan yang bertanggungjawab, lestari dan mudah diakses. Ia berperanan mempromosikan pelancongan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi, pembangunan inklusif dan kelestarian alam sekitar.

Perancis kekal negara yang menerima ketibaan pelancong tertinggi.

Sumber: www.e-unwto.org



Booking.com