2018: Melancong kerana hendak… MAKAN!

Ada banyak sebab orang melancong. Ada yang mahu merasa pengalaman budaya di negara asing, menikmati persekitaran yang indah, melihat fenomena alam yang luar biasa, membeli-belah dan sebagainya.

Bagaimanapun, segala sebab itu berada di belakang kerana pada tahun 2018 orang ramai melancong kerana hendak MAKAN!

Menurut kaji selidik Booking.com, sebanyak 41 peratus daripada 18,500 responden dari 26 buah negara yang menyertai kaji selidik itu menyatakan, sebab utama untuk mereka melancong ke sesebuah negara pada 2018 ialah untuk mencuba pengalaman makanan dan minuman baru di negara itu.

Peratusan ini meningkat tinggi daripada hanya 29 peratus pada 2017.

Lebih dua pertiga daripada responden itu mahu mencuba makanan tempatan di negara yang mereka kunjungi. Malah 22 peratus daripada responden itu akan memilih destinasi pelancongan mereka pada tahun depan atas sebab makanan semata-mata.

Namun mereka bukan mahukan makanan di restoran terkemuka atau tempat yang menjadi tumpuan ramai. Sebaliknya, mereka lebih cenderung kepada makanan di gerai-gerai – atau lebih tepat lagi, makanan yang biasa dimakan oleh orang tempatan.

Destinasi pilihan mereka ialah Bangkok, Taipei, Hanoi, Istanbul dan Georgetown.



Booking.com