5 Hotel Unik Di Dunia

HOTEL bukan sekadar tempat persinggahan untuk tidur ketika bercuti. Ada yang memilih hotel bagi merasakan satu pengalaman berbeza dengan kemudahan yang disediakan. Berikut antara hotel unik seluruh dunia yang mungkin membuatkan anda mahu setiasa meluangkan masa sekitar kawasan hotel.

MANTA RESORT, ZANZIBAR

Bagaimana rasanya tidur di dasar laut? Di Manta Resort, percutian anda akan ditemani oleh pelbagai hidupan laut. Ruang dua tingkat dalam setiap bilik memberi pengalaman untuk anda tidur di bawah permukaan laut dan apabila waktu siang, anda boleh menikmati keindahan pemandangan pulau.

SILOSTAY, NEW ZEALAND

Silo merupakan tempat menyimpan gandum bagi petani di New Zealand. SiloStay dibina di tengah ladang gandum dengan kemudahan dapur dan ruang makan selain tempat tidur. Pelanggan boleh memilih bilik untuk dua orang atau bilik besar untuk keluarga.

THE AURORA EXPRESS, ALASKA

Hotel ini dibina daripada gerabak kereta api yang diubah suai menjadi sebuah tempat penginapan mewah. Banyak pilihan bilik disediakan dengan harga berbeza. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah gunung sekitar hotel.

THE CRANE HOTEL, NETHERLANDS

Setiap bilik yang dibina di The Crane Hotel tergantung di udara. Bilik yang paling rendah tergantung pada ketinggian 34 meter. Tiga bilik mewah yang diberi nama Mystique berada pada ketinggian 44 meter. Bilik ini akan berputar mengikut angin dan anda boleh melihat panorama bandar Amsterdam dari setiap sudut.

NO MAN’S FORT, ENGLAND

Hotel ini merupakan kubu tentera laut England dan masih digunakan ketika Perang Dunia. Ia ditutup pada tahun 1956 dan kemudian dijadikan sebuah hotel mewah pada tahun 2009. Untuk sampai ke hotel ini anda perlu menaiki helikopter.

SUMBER: READER’S DIGEST



Booking.com