5 Tabiat Pelancong Yang Paling Menjengkelkan

Baru-baru ini Agoda meninjau pendapat untuk mengetahui tabiat pelancong yang mereka anggap menjengkelkan. Lebih 10,000 pengembara dari 10 destinasi serata dunia termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand dan China terbabit dalam kajian syarikat pengembaraan/pelancongan dalam talian itu.

Hasilnya, didapati tabiat pelancong yang paling tidak disukai adalah:

Suka buat bising

Pelancong terlalu bising paling tidak disukai oleh majoriti respondan dari destinasi-destinasi global termasuk Amerika Syarikat, UK, Thailand, Singapura, Australia dan China. Tabiat yang lebih menjengkelkan ialah mereka yang suka bercakap dengan nada kuat.

Ketagih peranti mudah alih

Golongan ini memang biasa kita temui; mereka akan sentiasa menatap telefon atau peranti-peranti lain tanpa menghiraukan orang sekeliling. Orang Vietnam paling tidak senang dengan tabiat pelancong sebegini, manakala di Thailand, mereka lebih mudah menerima tabiat ini.

Tidak sensitif kepada nuansa budaya

Ada pelancong yang tidak peka dengan budaya tempat-tempat yang mereka lawati, dan ini antara tabiat yang paling tidak disukai di negara-negara seperti Singapura, Filipina dan Malaysia.

Jadi, adalah lebih baik jika sebelum melancong anda mencari sedikit info tentang budaya tempat yang ingin dilawati.

Jumlah pelancong besar

Lebih sepertiga pengembara tidak berpuashati dengan kumpulan-kumpulan pelancong yang besar. Lebih menjengkelkan jika mereka terlalu bising dan sentiasa menggunakan telefon pintar. Bagaimanapun, tahap toleransi kepada kumpulan pelancong yang ramai menurun mengikut usia di Thailand, manakala di Singapura pula ia meningkat mengikut usia.

Suka Swafoto

Entah kenapa, lebih seorang daripada lima pengembara/pelancong tabiat suka berswafoto tidak begitu menyenangkan. Pelancong China didapati tidak begitu berkisah dengan orang yang berswafoto, tetapi ramai orang Australia menganggapnya sesuatu yang menjengkelkan.

Kalau anda melancong selepas ini, sila ambil peringatan mengenai perkara-perkara menjengkelkan ini supaya anda tidaklah termasuk di kalangan pelancong yang tidak disenangi oleh orang sekeliling.

Sumber foto: Pixabay.com



Booking.com