7 Cara Jimat Bila Melancong

on

 

 

 

 

Kala anda berasa berserabut dan terlebih sensitif daripada biasa, kemas barang dan tinggalkan rumah anda!

Hendak ke mana? Ke mana-mana sahaja…lagi terpencil, lagi baik!

Itulah yang disarankan oleh para doktor dan saintis untuk `menutup’ minda anda buat seketika. Dan cara paling baik untuk anda berbuat demikian ialah dengan melancong – lebih baik jika ia suatu tempat yang agak jauh daripada orang ramai.

Para penyelidik mendapati, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk penyakit psikologi menunjukkan penurunan aktiviti selepas berjalan-jalan selama sejam setengah di kawasan hutan. Tahap pemikiran kreatif mereka meningkat sebanyak 50 peratus. Jadi bayangkan apa yang berlaku jika anda berada berhari-hari dikelilingi alam semula jadi.

Ahli psikologi juga telah membuktikan bahawa kita akan berasa lebih gembira apabila kita membeli sesuatu yang kita ingini atau semasa kita melancong. Tapi ketika kegembiraan yang dirasa apabila membeli akan berakhir tidak lama kemudian, perasaan teruja kala mengembara akan terus dirasai buat suatu jangka yang lama.

Hendak melancong tidak memerlukan belanja yang besar jika anda tahu caranya. Berikut adalah antara langkah untuk menjimatkan kos semasa kembara.

  1. Bandingkan hari hendak berlepas

Destinasinya sama, tapi kos penerbangan untuk ke situ mungkin berbeza bergantung kepada hari anda berlepas pergi dan pulang. Buat pilihan terbaik mengikut bajet dan tempoh cuti anda.

  1. Bersikap fleksibel

Bila anda sudah membuat keputusan untuk melancong, buat perbandingan harga hotel dan tiket penerbangan; bukan menetapkan dulu destinasi dan tarikh penerbangan. Mungkin ada destinasi baru yang lebih menarik untuk anda terokai berbanding destinasi asal anda.

  1. Tukar rumah

Kalau anda bercadang untuk bercuti buat jangka masa panjang, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk saling bertukar rumah dengan pelancong lain. Ada beberapa laman web yang boleh mengaturkannya dengan sedikit bayaran,  seperti HomeExchange dan LoveHomeSwap.

  1. Bayaran untuk semua

Kala menempah hotel, perhatikan sama ada anda turut dikenakan bayaran untuk kemudahan  seperti kolam renang dan gymnasium dimasukkan dalam caj bilik. Walaupun anda mungkin tidak menggunakan kemudahan itu, anda tidak boleh menolaknya daripada bayaran hotel yang dikenakan.

  1. Caj bagasi

Semasa hendak menempah penerbangan, ambil kira caj yang dikenakan untuk bagasi serta jumlah berat bagasi yang dibenarkan. Buat perbandingan sebelum menempah.

  1. Pilih kad pembayaran dengan cermat

Memang mudah untuk membayar segala perbelanjaan di luar negara dengan kad kredit, tapi periksa dengan pengeluar kad anda mengenai polisi fi transaksi luar negara. Ada kad yang tidak mengenakan bayaran, selain menawarkan bantuan kecemasan semasa melancong, perlindungan apabila perjalanan dibatalkan dan lain-lain.

  1. Gunakan App

Apabila penerbangan dibatalkan atau tertunda agak lama, anda berhak untuk mendapat pampasan daripada syarikat penerbangan terbabit. Anda boleh menuntut pampasan ini sendiri atau gunakan app yang boleh melakukannya untuk anda. Bagaimanapun, pengendali app ini biasanya akan mengambil 30 peratus daripada bayaran pampasan yang anda terima.

 



Booking.com