8 Destinasi Rare

ANDA mungkin pernah menjejakkan kaki ke semua negara di dunia. Namun adakah anda pernah pergi ke tempat-tempat ‘rare’ sebegini? Berikut adalah destinasi yang patut anda kunjungi jika pergi melancong.

Playa del Amor atau Hidden Beach merupakan sebuah kawasan tarikan pelancong di Marieta Islands, Mexico. Kawasan pantai ini bagaikan terletak dalam sebuah lubang besar dan ia sangat popular kerana air yang biru dan pasir pantai yang halus dan bersih.

Lebih kurang lima perjalanan ke selatan Lima, Peru anda akan menemui sebuah kawasan pasang pasir yang dikenali sebagai Huacachina. Tempat ini menjadi persinggahan ramai pelancong yang suka melakukan aktiviti sand-boarding.

Jika anda ke Bosnia and Herzegovina, pastikan melawat Bjagaj Tekke. Ia merupakan sebuah rumah dengan keunikan seni bina yang terletak di kawasan perkampungan Blagaj. Sambil menikmati teh panas, anda juga dapat melihat keindahan panorama Sungai Buna.

Anda akan merasa pengalaman menyentuh dua benua jika ke Silfra yang terletak di Thingvellir National Park, Iceland. Anda boleh merenang dalam air  jernih sehingga menyentuh dasar yang menjadi pertembungan Amerika Utara dan Eropah.

Isola Bella adalah sebuah pulau kecil di Lake Maggiore, Itali yang dahulunya hanyalah sebuah kawasan berbatu. Sekitar tahun 1600an sebuah istina yang tersergam indah dibina dikawasan tersebut dan sehingga kini menjadi tarikan pelancong.

Pemandangan sekitar Dongchuan Red Land yang terletak di Xintian, China pasti membuatkan anda terpukau. Keunikan mineral dan tanah menyebabkan kawasan berwarna merah dan biru. Ditambah pula dengan warna-warni tumbuhan yang tumbuh di sana.

Di daerah Astris, Greece terdapat sebuah kolam semulajadi yang dikenali sebagai Giola. Untuk sampai ke kola mini anda perlu mendaki laluan yang disediakan. Namun penat mendaki pasti berbaloi tatkala tiba di Giola.

Sebuah kawasan terpencil di Azores, Portugal terdapat sebuah pulau yang menjadi habitat bunga liar yang sangat cantik. Terdapat juga kolam air panas untuk anda mandi di sana. Tempat ini dikenali sebagai Flores kerana banyak bunga tumbuh di sana.



Booking.com