Aqua Roetier Kekal Kelembapan Kulit Ketika Bercuti

on

Sekalipun anda pergi bercuti, jangan sekali-kali abaikan penjagaan kulit terutama bahagian muka. Paling utama, elakkan kulit anda daripada kering kerana kulit kering mudah berkedut dan nampak kusam.

Jadi teruskan rutin harian penjagaan kulit anda seperti mencuci, menyegar dan melembap. Malah dalam keadaan cuaca terlalu sejuk ataupun panas, anda mungkin perlu menukar kepada produk kulit yang lebih mewah lagi berkesan.

Tujuannya agar kulit muka yang sensitif tidak terjejas dek bercuti beberapa hari saja ke negara beriklim ekstrem sejuk seperti Norway ataupun negara cuaca panas seperti Mekah.

Apapun jenis kulit anda, ia mudah kehilangan kelembapan atau mengalami dehidrasi. Mungkin kulit anda kelihatan normal pada sebelah luar, namun kering pada struktur dalam kulit.

Bagi mengatasi masalah ini, L’Occitane telah memperkenalkan satu rangkaian produk penjagaan muka berasaskan bahan utama mata air segar lagi semula jadi. Set ini dinamakan Aqua Reotier sempena nama sumber bahan utama mata air Reotier yang terletak di wilayah Provence, Perancis.

Para saintis L’Occitane mendapati mata air segar Reotier amat kaya dengan bahan galian terutama kalsium. Rumusan kalsium dalam penjagaan kulit didapati bukan sahaja berkesan untuk melembap kulit malah mampu mengekalkan tahap kelembapan kulit selama 24 jam!

Rangkaian penjagaan kulit Aqua Reotier merangkumi pencuci muka Water Gel Cleanser, pelembap Ultra Thirst Quenching Gel dan Ultra Thirst Quenching Cream, esen Moisture Prep Essence serta semburan Fresh Moisturizing Mist.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA


Booking.com