10 Tip Selesa Dalam Pesawat

Perjalanan yang tidak selesa boleh mempengaruhi mood semasa bercuti. Kalau anda menaiki kenderaan yang dipandu sendiri, pastikan anda merancang perjalanan agar tidak terlalu lama sebelum tiba ke tempat di mana anda boleh berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Bagaimana pula kalau menaiki pesawat? Kalau mahu selesa dalam kapal terbang, terutamanya untuk perjalanan jauh, anda boleh menggunakan…

Pelancong ke Boracay Dihadkan

Masih ingat cerita Boracay, pulau pelancongan yang terkemuka di Filipina? Pulau yang terletak di utara Pulau Panay itu ditutup pada April lalu kerana pencemaran yang teruk, sehingga disamakan seperti `limbah kumbahan’ oleh Presiden Rodrigo Duterte. Boracay akan dibuka semula pada 26 Oktober ini. Bagaimanapun jumlah pengunjung ke pulau itu akan dihadkan. Filipina akan membenarkan hanya…

Cara Murah Ke DMZ Korea

Jika ke Seoul, ramai yang ambil kesempatan untuk melawat Zon Demiliterisasi (DMZ) yang memisahkan Korea Selatan dengan Korea Utara, kerana lokasinya tidak begitu jauh dari ibu kota itu. Kawasan sepanjang 250 kilometer dan kira-kira empat kilometer lebar ini diwujudkan setelah Korea Utara, China dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menandatangani Perjanjian Genjatan Senjata Korea pada 1953. Kini,…

10 Tip Persediaan Melancong

1. Tempah tiket penerbangan awal Buat tempahan dua atau tiga bulan lebih awal kerana lazimnya harga ditawarkan akan lebih murah. Untuk lebih banyak penjimatan, tempah tiket apabila syarikat penerbangan membuat promosi atau pada tarikh di luar musim cuti. 2. Buat salinan pasport Selain tidak lupa membawa pasport asal, buat juga salinan pasport sebelum berangkat. Ini…

Venice Pula Bakal Adakan Peraturan Untuk Pelancong

Setelah kerajaan tempatan di Florence, Itali membuat peraturan melarang pelancong makan sambil melepak di kaki-kaki jalan di tengah-tengah bandar bersejarah itu, kini satu lagi bandar di Itali, akan mengambil langkah yang sama. Pihak berkuasa bandar raya Venice bakal mengenakan beberapa larangan di sesetengah kawasan tertentu. Antaranya, pelancong tidak dibenarkan berhenti di jambatan-jambatan, berenang di terusan,…

Melawat Kyoto Bertemankan Robot

Bermula 22 September ini, jika anda melancong ke Kyoto, Jepun, anda boleh mendapatkan khidmat RoBoHon, robot humanoid bersaiz kecil yang akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat yang anda lawati. Perkhidmatan robot ciptaan Sharp Corporation yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI) itu boleh anda dapatkan sekiranya menggunakan teksi untuk melancong sekitar Kyoto. Sharp Corporation, syarikat teksi…

Pasport Malta Boleh Dibeli

Walaupun hanya sebuah Negara pulau, Malta yang terletak di tengah Laut Mediterranean, mempunyai banyak tarikan pelancong; pantai-pantai yang cantik, cuaca yang menyenangkan, dan tapak-tapak sejarah yang mengagumkan. Bagaimanapun, bukan itu sahaja yang menjadi tarikan di Malta. Lebih penting ialah pasport yang dikeluarkan oleh negara kecil itu, boleh dibeli terutama bagi golongan yang kaya raya. Antara…

Bahagian Pemeriksaan Keselamatan Paling ‘Bahaya’ Di Lapangan Terbang

Pernahkah anda terfikir, tempat mana di lapangan terbang yang paling ‘bahaya’, ‘kotor’ dan mudah dijangkiti penyakit? Tentu ramai yang menyangka tempat itu adalah dalam tandas. Tetapi anda tentu tidak menyangka bahawa tempat yang paling banyak mengumpul kuman dan ‘bahaya’ ialah di bahagian pemeriksaan keselamatan. Lebih tepat, dulang plastik yang digunakan untuk meletak barang-barang seperti beg,…

Pelancong Mengubah Budaya Pulau Easter

Lokasinya mungkin terpencil di barat daya Lautan Pasifik; terletak 3,700 kilometer di barat Amerika Selatan, dan 1,770 kilometer dari pulau terdekat, tetapi pulau kecil ini berjaya menarik ratusan ribu pelancong setiap tahun. Keunikan bumi, budaya dan peninggalan sejarah Pulau Easter menarik ramai pelancong untuk mengunjunginya. Bagaimanapun jumlah pelancong yang lebih ramai daripada jumlah penduduk (7,750…

Boracay Dibuka Kembali Oktober Ini

Cebu Pacific akan menjadi syarikat penerbangan pertama memulakan semula penerbangan ke Caticlan, Boracay dari 26 Oktober ini. Pesawat Cebu Pacific akan mula membawa penumpang untuk menikmati keindahan pulau peranginan itu, setelah ia ditutup selama enam bulan untuk memulihkannya daripada pencemaran teruk. Bermula Oktober, pesawat dari syarikat penerbangan itu dan anak syarikatnya Cebgo akan memulakan penerbangan…

Manjakan Diri di Tanamera, Sri Lanka

Mencari tempat untuk berehat dan memanjakan diri? Cari tiket dan terbang ke Sri Lanka. Tempat yang perlu anda tuju ialah Tanamera di Talpe, kawasan pantai di barat daya negara itu. Tanamera ialah sebuah villa persendirian yang menyediakan hospitaliti bertaraf lima bintang kepada anda.  Villa ini mempunyai pelayan yang bersedia memberi layanan penuh kepada tetamu. Malah…

Meniti Jambatan Gantung Charles Kuonen… Cubalah Jika Berani

Jambatan gantung terpanjang di dunia ini hanya untuk mereka yang berani! Terletak di Pergunungan Alps Switzerland, jambatan gantung Charles Kuonen menghubungkan dua bandar kecil, Zermatt dan Grachen. Ia merentasi lembah paling dalam di Switzerland, dengan jarak 494 meter panjang, dan berukuran 85 meter pada puncak tertingginya. Jika berani, anda boleh mengakses jambatan ini dengan berjalan…