5 Tabiat Pelancong Yang Paling Menjengkelkan

Baru-baru ini Agoda meninjau pendapat untuk mengetahui tabiat pelancong yang mereka anggap menjengkelkan. Lebih 10,000 pengembara dari 10 destinasi serata dunia termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand dan China terbabit dalam kajian syarikat pengembaraan/pelancongan dalam talian itu. Hasilnya, didapati tabiat pelancong yang paling tidak disukai adalah: Suka buat bising Pelancong…

Warner Bros. World Abu Dhabi – Taman Tema Tertutup Terbesar Di Dunia

Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memang mempunyai banyak kejutan. Negara Arab moden itu bukan sahaja mempunyai bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa, tetapi kini taman tema tertutup yang terbesar di dunia. Warner Bros. World Abu Dhabi baru sahaja dibuka 25 Julai lalu. Bertempat di Pulau Yas, taman berkeluasan 1.65 juta kaki persegi itu mempunyai 29 permainan, persembahan…

Melancong Sambil Tinggal Di Penjara

Bukan…, bukan sebab anda melakukan kesalahan, tetapi sekadar mencari satu pengalaman. Penjara Viyyur di Kerala, India bercadang membuka pintunya kepada para pelancong yang ingin meluangkan masa sehari di penjara. Mereka akan memakai pakaian banduan dan merasai makanan yang disediakan kepada pesalah yang tinggal di situ. Pelancong lelaki dan perempuan akan ditempatkan di dua blok berbeza,…

20 Tapak Baru Warisan Dunia UNESCO 2018

Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah menamakan 20 tapak warisan dunia baru dalam pelbagai kategori bagi tahun ini. Bangunan-bangunan Neo-Gothic dan Art Deco era Victoria, Mumbai, India Bangunan-bangunan di Oval Maidan, bandar raya Mumbai ini dibina pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dibina dengan gaya Neo-Gothic dan Art Deco zaman Victoria…

10 Syarikat Penerbangan Terbaik & Terburuk 2018

AirHelp, sebuah syarikat yang menyokong pengguna mendapat ganti rugi dalam kes-kes kelewatan dan pembatalan penerbangan, telah mengeluarkan senarai syarikat penerbangan terbaik dan paling buruk bagi tahun 2018. Senarai tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik yang menggunakan data-data daripada 72 buah syarikat penerbangan yang diperoleh bagi suku pertama tahun ini. Kedudukan syarikat-syarikat terbabit dibuat berdasarkan tiga faktor:…

Mesir Perkenal e-Visa

KERAJAAN Mesir baru-baru ini memperkenalkan perkhidmatan e-visa yang membenarkan rakyat dari beberapa buah negara mendapat visa untuk masuk ke negara itu secara dalam talian. Perkhidmatan itu memberi alternatif kepada permohonan visa sebaik sampai (Visa on arrival atau VOP), atau melalui Kedutaan Mesir. Warga dari 46 buah negara Eropah, Asia dan Australasia kini boleh memohon visa…

Jepun Sekat Pelancong Tak Bayar Bil Perubatan

KERAJAAN Jepun merancang untuk menghalang kemasukan semula pelancong luar yang pernah mendapat rawatan perubatan di negara itu, tetapi tidak membayar bil mereka. Ini berikutan beberapa kes di mana pelancong luar bertindak meninggalkan Jepun walaupun belum menjelaskan kos rawatan yang telah mereka terima di institusi-institusi perubatannya. Kerajaan Jepun bercadang untuk menguatkuasakan peraturan melarang kemasukan semula ini…

12 Tahun Menunggu Neelakurinji di Kerala, India

Jika terlepas peluang untuk menikmati cherry blossoms di Jepun, Korea atau negara-negara lain yang mempunyai empat musim, tak apa. Tahun depan anda masih boleh menikmati keindahan bunga ceri itu lagi. Tetapi ada suatu tempat yang anda harus pergi untuk menikmati bunga, dan jika terlepas peluang ini, anda terpaksa menunggu 12 tahun lagi! Bermula Julai hingga…

Greece Bimbang Pelancong Terlalu Ramai

Lazimnya kedatangan ramai pelancong sangat dialu-alukan. Lain pula halnya dengan Greece. Negara pulau itu menerima lambakan pelancong sehingga membimbangkan pihak berkuasa. Greece dijangka menerima sehingga 32 juta pelancong pada tahun ini, sekali gus mencatat rekod jumlah pelancong yang pernah diterimanya. Jumlah tersebut lebih tiga kali ganda populasi negara itu, dan angka tersebut dijangka terus meningkat…

Arab Saudi Destinasi Untuk Muslim

Dengan keluasan 2.15 juta kilometer persegi, Arab Saudi adalah negara kelima terbesar di Asia. Walaupun sebahagian besarnya diliputi padang pasir, Arab Saudi mempunyai beberapa tarikan pelancong. Antaranya komuniti-komuniti unik di kawasan pergunungan di barat daya wilayah Asir, kawasan purba Nabatean di Madain Saleh, bandar bersejarah Diriyah (yang merupakan satu warisan dunia UNESCO), serta rumah-rumah dengan…

Super Wi-Fi Dalam Pesawat Qatar Airways

PENUMPANG Qatar Airways bakal menikmati perkhidmatan Wi-Fi berkelajuan tinggi dalam pesawat. `Super Wi-Fi’ yang menggunakan teknologi Inmarsat GX Aviation sudah mula dipasang di semua pesawat baru Boeing 777 dan Airbus A350 milik syarikat penerbangan itu. Langkah ini menjadikan Qatar Airways syarikat penerbangan pertama di wilayah Asia Barat dan Afrika Utara (MENA) melabur dalam teknologi tersebut…

Berjimat Dengan Dubai Pass

JIKA anda bercadang untuk melancong ke Dubai pertengahan Mei ini, dapatkan Dubai Pass. DubaiPass ialah kad prabayar menyeluruh yang memberi akses kepada 33 acara dan tempat tumpuan pelancong di bandar raya mega itu. Dengan kad ini, pelancong dapat berjimat, dan bergerak lebih mudah untuk meneroka pelbagai destinasi menarik. Ia boleh digunakan bermula 16 Mei ini. Dengan…