Ayuh Sertai Larian Green Fun Run 2018 di PD

KIRA-KIRA 600 peserta dijangka menyertai “Larian Green Fun Run 2018”, bermula di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan pada 20 Oktober 2018, Sabtu depan.

Program anjuran Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dengan kerjasama MPPD dan Politeknik Port Dickson diadakan sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2018.Jurucakap urus setia larian, Noor Hairunnisa binti Mohamad berkata larian tujuh kilometer itu membabitkan enam kategori disediakan untuk orang ramai antaranya kategori terbuka, veteran dan remaja di mana penyertaan masih lagi dibuka.

Peserta bakal menerima baju larian, medal, cabutan bertuah dan sijil penyertaan. Penganjur menyediakan hadiah wang tunai dan piala dari tempat pertama hingga ke-10 sebagai motivasi.

Urusetia GREEN FUN RUN 2018 bersiap sedia dengan kehadiran 600 yang hadir nanti.

“Bagi memeriahkannya, orang ramai turut berpeluang merebut hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Oktober ini,” katanya.

Hairunnisa berkata, larian itu menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai lebih RM6,000.00 untuk pemenang tempat pertama setiap kategori sehingga di tempat ke 10 dan yuran penyertaan hanya sebanyak RM30 sahaja.
Sempena program Minggu Inovasi peringkat Negeri Sembilan tahun 2018 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Oktober 2018 ini, banyak aktiviti disediakan antaranya Pameran Inovasi, Sains dan Teknologi,

Pertandingan interaktif Pelajar Sekolah, Bicara Keusahawanan, Pemeriksaan Kesihatan, Trail Hunt dan banyak lagi.
Butiran selanjutnya di laman web kami di:- fb run4umalaysia. Bayaran boleh dibuat atas nama NS EVENTS, Maybank 555171508404. atau Hubungi : Mei 013-366 4765 | Lee 012-284 6811 | Zai 012-252 6183.



Booking.com