Bayou Lagoon Tawar Baucar Penginapan Percuma Sempena PBAKL 2018

AYUH ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2018! Banyak hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung di sana termasuk baucar penginapan dan tiket taman tema air tajaan Bayou Lagoon Park Resort Melaka.

Ini berikutan jalinan kerjasama antara Bayou Lagoon Park Resort Melaka dengan Kumpulan Utusan sempena PBAKL 2018 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 27 April hingga 6 Mei ini.

Pengarah Urusan Bayou Lagoon Resort Sdn. Bhd., Datuk Marco Seow Chee Han berkata, kolaborasi tersebut merupakan tanda sokongan pihaknya ke atas Kumpulan Utusan yang turut menerbitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

“Ini merupakan kali pertama Bayou Lagoon menjalin kerjasama dengan Kumpulan Utusan dan diharapkan dapat terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan tajaan di Bayou Lagoon Park Resort , Bukit Katil, Melaka.

Chee Han (kiri) menyerahkan replika cek hadiah baucar Pesta Buku Antarabangsa KL 2018kepada Ketua Biro Utusan Malaysia cawangan Melaka, Suffian Abu Bakar dan Eksekutif Pemasaran Kumpulan Utusan cawangan Melaka,Siti Hajar Salim.

Menerusi kerjasama itu, Bayou Lagoon menyediakan beberapa hadiah khas bernilai kira-kira RM8,000 kepada pembeli bertuah yang membeli produk-produk keluaran Kumpulan Utusan sepanjang pameran itu.

Pengunjung yang membeli produk-produk Kumpulan Utusan seperti buku, majalah atau langganan majalah akan berpeluang memenangi cabutan bertuah seperti penginapan selama dua hari satu malam di unit studio Bayou Lagoon untuk dua orang berserta sarapan dan tiket masuk ke taman tema. Selain itu, terdapat 20 keping baucar masuk ke taman tema air dewasa yang boleh dimenangi pengunjung bertuah sepanjang pesta buku berlangsung.

Sempena PBAKL 2018ini, Kumpulan Utusan merupakan antara 229 pempamer yang mengambil bahagian melalui aktiviti jualan produk terbitan syarikat selain beberapa program termasuk cabutan bertuah.



Booking.com