Bergaya dan selesa dengan koleksi terbaru MediFeet

Koleksi terbaru court shoes (kiri) dan stretchy shoes MediFeet mempunyai warna yang lebih menarik. – Foto: Muhd. Zulfaiz Zakaria.

Masalah kaki usah dipandang remeh, terutama kala bercuti. Berkunjung ke tempat menarik sekali pun boleh menjadi tidak menyeronokkan apabila kaki mula berdenyut-denyut sakit akibat kasut terlalu ketat, kaki melecet, sendi atau belakang berasa sakit.

Kalau anda antara orang yang sering berdepan masalah memilih kasut yang selesa, kunjungilah pusat jualan MediFeet kerana penyelesaian masalah anda boleh didapati di situ. Masalah kaki anda selesai, bahkan rekaan kasutnya juga cantik dan selesa untuk pelbagai aktiviti.

Terbaru, MediFeet menawarkan kasut Sara Max yang lebih bergaya untuk wanita muda usia 20an. Koleksi terbaru Sara Max mempunyai bahagian tumit yang lebih tinggi (kira-kira 2 inci) yang dilengkapi pelapik berkusyen teknologi MediFeet untuk sokongan pada tiga bahagian penting kaki – bahagian metatarsal, lengkuk dan tumit.

“Pencegahan bermula dari awal. Kami mensasarkan Sara Max untuk golongan muda 25 tahun ke atas supaya mereka boleh mencegah pelbagai masalah kaki di kemudian hari akibat penggunaan kasut yang tidak selesa atau tumit tinggi,’’ kata Pengurus Operasi, MediFeet (HQ) Sdn. Bhd., Samantha Peh.

Walaupun koleksi Sara Max mempunyai tumit yang agak tinggi, tapi ia disertakan dengan tapak yang stabil seperti yang berbentuk baji (wedge) atau lebar, dengan beberapa warna pilihan.

“Bagi yang mempunyai masalah bunion, mereka boleh mencuba court shoe Sara Max yang mempunyai kain lembut pada bahagian sisi ibu jari kaki. Apa yang menarik, bahagian ini tersembunyi tanpa menjejaskan rupa keseluruhan kasut itu dan pemakai boleh melaraskan strap kasut itu,’’ tambahnya.

Tapak pelbagai fungsi

Selain itu, jenama MediFeet turut memperkenalkan tujuh jenis rekaan baru untuk pelbagai fungsi. Kesemuanya dilengkapi dengan pelapik tiga sokongan teknologi jenama itu, dan ditambah baik dengan rekaan tapak yang menambahkan keselesaan pemakainya.

Rekaan tapak sport wedge (kiri) dan rocking sole mengagihkan beban ke seluruh kaki.

“Koleksi terbaru MediFeet didatangkan dengan tapak Sport Wedge dan Rocking Sole. Kedua-dua jenis tapak ini lebih berkesan dalam mengagihkan berat pemakai ke seluruh bahagian kaki, bukan bahagian-bahagian tertentu kaki.

“Sport Wedge mempunyai alur pada sisinya bagi menyerap hentakan dan mengagihkan berat pemakai. Kasut jenis ini sesuai digunakan untuk senaman ringan seperti berjalan-jalan atau yoga.

“Manakala Rocking Sole pula, selain mengagihkan berat pemakai, ia juga berfungsi membetulkan gaya berjalan dan postur pemakainya,’’ jelas Samantha.

Samantha Peh menunjukkan kasut Sara Max yang selesa sekali pun mempunyai tumit tinggi.

Selain koleksi Rocking Sole, mereka yang mahu membetulkan postur boleh menggunakan kasut MediFeet yang menggunakan teknologi Jepun, Spinal Guard Tech. Kasut ini sesuai untuk mereka yang kerap mengalami sakit belakang disebabkan gaya berdiri yang tidak betul.

Stretchy Shoe pula adalah kasut yang diperbuat daripada material yang boleh meregang dengan empat warna pilihan; manakala rekaan court shoe mempunyai tujuh warna menarik serta aksesori.

Bagi mereka yang mempunyai kaki bersaiz kecil, koleksi Petite adalah pilihannya. Kasut ini didatangkan dari saiz 1 ke atas. Walaupun mempunyai tapak tebal, berat kasut itu cuma 80 gram!

Koleksi baru yang akan berada dalam pasaran mulai akhir Oktober ini ditawarkan pada harga antara RM259 hingga RM359 sepasang. Anda boleh memilih kasut mengikut bentuk kaki – bentuk A, B atau C.

 

 



Booking.com