Boracay Dibuka Kembali Oktober Ini

Cebu Pacific akan menjadi syarikat penerbangan pertama memulakan semula penerbangan ke Caticlan, Boracay dari 26 Oktober ini.

Pesawat Cebu Pacific akan mula membawa penumpang untuk menikmati keindahan pulau peranginan itu, setelah ia ditutup selama enam bulan untuk memulihkannya daripada pencemaran teruk.

Bermula Oktober, pesawat dari syarikat penerbangan itu dan anak syarikatnya Cebgo akan memulakan penerbangan tujuh kali seminggu antara Manila dan Caticlan; dua kali sehari antara Cebu dan Caticlan, dan sekali sehari antara Clark dan Caticlan.

Mereka yang ingin ke Pulau Boracay juga boleh menaiki pesawat di Kalibo. Ada satu penerbangan setiap hari antara Manila dan Kalibo; dan tujuh penerbangan seminggu antara Incheon dan Kalibo.



Booking.com