Pesawat Lion Air bawa 189 penumpang terhempas

Pesawat Lion Air JT-610 yang baru kira-kira 13 minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten pada 29 Oktober 2018, disahkan terhempas di perairan dekat Karawang, Jawa Barat sekitar pukul 06.33 WIB (Waktu Indonesia Barat). Pesawat jenis Boeing 737 MAX 8 itu berlepas pada pukul 06.20 WIB dan sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Pangkal…

Pelancong ke Boracay Dihadkan

Masih ingat cerita Boracay, pulau pelancongan yang terkemuka di Filipina? Pulau yang terletak di utara Pulau Panay itu ditutup pada April lalu kerana pencemaran yang teruk, sehingga disamakan seperti `limbah kumbahan’ oleh Presiden Rodrigo Duterte. Boracay akan dibuka semula pada 26 Oktober ini. Bagaimanapun jumlah pengunjung ke pulau itu akan dihadkan. Filipina akan membenarkan hanya…

Maya Bay Ditutup Akibat Rosak Teruk

AKIBAT tindakan pelancong yang tidak bertanggungjawab, Maya Bay di Thailand terpaksa ditutup untuk satu tempoh sehingga diberitahu kelak. Kawasan peranginan tersebut dikatakan rosak teruk apabila menerima kehadiran terlalu ramai pelancong. Maya Bay mula menjadi perhatian ramai selepas ia menjadi lokasi penggambaran filem lakonan Leonardo DiCaprio berjudul The Beach. Pada tahun 2017 ia menerima kehadiran purata…

Tip Elak Bagasi Kabin Diselongkar

Ketika Memasukkan bagasi kabin dalam ruang penyimpanan, perkara terakhir yang kita fikirkan ialah berlakunya kecurian pada bagasi itu. Namun perkara itu ada berlaku. Yang melakukannya pula ialah kalangan penumpang pesawat dan krew penerbangan. Sering kali kecurian ini berlaku dalam penerbangan jarak jauh, terutama penerbangan pada lewat malam di mana sebahagian penumpang akan mula tidur sebaik…

Rinjani Ditutup Setahun

Berikutan gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia pada Ogos lalu, Gunung Rinjani yang popular sebagai lokasi mendaki gunung ditutup selama setahun. Menurut kenyataan Ketua Taman Negara Rinjani, tempoh tersebut adalah untuk pemulihan laluan pendaki yang rosak teruk akibat gempa.  Laluan yang terjejas dikatakan amat merbahaya buat masa sekarang. Justeru sebarang aktiviti pendakian oleh orang awam…

Boracay Dibuka Kembali Oktober Ini

Cebu Pacific akan menjadi syarikat penerbangan pertama memulakan semula penerbangan ke Caticlan, Boracay dari 26 Oktober ini. Pesawat Cebu Pacific akan mula membawa penumpang untuk menikmati keindahan pulau peranginan itu, setelah ia ditutup selama enam bulan untuk memulihkannya daripada pencemaran teruk. Bermula Oktober, pesawat dari syarikat penerbangan itu dan anak syarikatnya Cebgo akan memulakan penerbangan…

2017 Tahun Terbaik Pelancongan – UNWTO

Tahun 2017 merupakan tahun terbaik dalam industri pelancongan dengan ketibaan pelancong antarabangsa mencecah 1,323 juta orang – iaitu pertambahan 84 juta daripada tahun sebelumnya. Edisi Sorotan Terbaik Pelancongan 2018 UNTWO (UNTWO Tourism Highlights: 2018 Edition) yang dikeluarkan pada Ogos lalu oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia (UNWTO) menyatakan, pertumbuhan pada 2017 itu merupakan pertumbuhan paling tinggi sejak…

5 Tabiat Pelancong Yang Paling Menjengkelkan

Baru-baru ini Agoda meninjau pendapat untuk mengetahui tabiat pelancong yang mereka anggap menjengkelkan. Lebih 10,000 pengembara dari 10 destinasi serata dunia termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Vietnam, Thailand dan China terbabit dalam kajian syarikat pengembaraan/pelancongan dalam talian itu. Hasilnya, didapati tabiat pelancong yang paling tidak disukai adalah: Suka buat bising Pelancong…

CHATUCHAK: Syurga Membeli-Belah

JIKA anda ke Bangkok, Thailand salah satu tempat yang wajib dikunjungi adalah Chatuchak Weekend Market. Tempat ini bagaikan syurga membeli belah yang menjual pelbagai jenis barangan. Sebut sahaja apa yang anda mahukan. Semua ada di sini! Setiap hari Sabtu dan Ahad, Chatuchak akan menjadi tumpuan orang ramai baik warga tempatan ataupun pelancong. Pasar terbesar di…

TERKINI: Lombok Dilanda Gempa Sekali Lagi, Berpotensi Tsunami

Gempa bumi bermagnitud 7 pada Skala Richter menggegarkan Pulau Lombok hari ini. Menurut Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Sutopo Purwo Nugroho, gempa itu berlaku di 27 km Timur Laut Lombok Utara di Nusa Tenggara Barat pada jam 6.46 petang waktu tempatan. “Gempa itu berpotensi tsunami, dan semua diminta…

Nikmati Keindahan Semulajadi Sumba

SUMBA yang terletak di Daerah Timur Nusa Tenggara, Indonesia merupakan satu tempat yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Jika berhajat ke sini, anda boleh menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Denpasar, Bali atau mana-mana penerbangan tempatan dari Jakarta. Apa yang menarik di Sumba? Tasik Weekuri Tasik Weekeuri adalah satu keajaiban alam semulajadi yang perlu anda…

Dekati Budaya Indonesia

SEBAGAIMANA Indonesia terkenal dengan Negara Seribu Pulau, ia juga kaya dengan pelbagai seni dan warisan bangsa. Setiap daerah di Indonesia punya keistimewaan tersendiri untuk diceritakan kepada orang ramai. Jika melancong ke Indonesia pastikan anda meluangkan masa untuk melihat atau mempelajari budaya mereka. Berikut antara budaya atau amalan yang popular di negara tersebut yang kini menjadi…