Tiket ETS Untuk Krismas Dijual Mulai Selasa Ini!

Bercadang untuk menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untukperjalanan bercuti semasa Krismas nanti, bersedialah untuk menempah tiket anda pada Selasa ini! Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengguna perkhidmatan tersebut boleh mendapatkan tiket untuk perjalanan 15 November sehingga 31 Disember 2018 ini bermula pukul 8.30 pagi, 25 September ini. Perkhidmatan ETS akan mengekalkan jumlah perkhidmatan iaitu…

Tiket Melaka River Cruise Akan Dinaikkan

Harga tiket untuk menaiki bot Melaka River Cruise akan dinaikkan dalam masa terdekat bagi mengimbangi kos menaik taraf pusat pelancongan itu yang termasuk menambah bilangan bot baharu dan penyelenggaraan bot sedia ada, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. Bagaimanapun, jumlah peratusan kenaikan harga tiket itu masih dalam peringkat kajian dan penilaian, kata beliau. Pada masa…

Arif Johari Bolot Hadiah RM7,000 JPKL

KEMENANGAN berganda! Juara dan naib juara, Ariff Johari bolot hadiah RM5,000 dan RM2,000 dalam pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) siri 6/2018 di Tasik Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada 16 September lalu. Paling manis kemenangan berganda itu diraikan sempena Hari Malaysia dan menewaskan lebih 800 peserta lain pada pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala…

Melawat Kyoto Bertemankan Robot

Bermula 22 September ini, jika anda melancong ke Kyoto, Jepun, anda boleh mendapatkan khidmat RoBoHon, robot humanoid bersaiz kecil yang akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat yang anda lawati. Perkhidmatan robot ciptaan Sharp Corporation yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI) itu boleh anda dapatkan sekiranya menggunakan teksi untuk melancong sekitar Kyoto. Sharp Corporation, syarikat teksi…

LTSIP Kini Terima Penerbangan Antarabangsa

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kelantan dijangka bakal menerima lebih ramai pelancong luar negara apabila mula menerima penerbangan antarabangsa terus dari Surat Thani International Airport, Thailand. Perkhidmatan dua kali seminggu itu disediakan oleh syarikat penerbangan Malindo Air. Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Ab…

Fun Taipei di IOI City Mall

Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei memperkenalkan kempen Fun Taipei sebagai usaha meningkatkan keupayaan pasaran pelancongan Taiwan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kempen tersebut berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya bermula 14 hingga 16 September 2018. Pengunjung berpeluang merasa makanan halal yang dipromosikan secara percuma sepanjang kempen berlangsung. Antara yang menarik adalah kek nenas, ayam goreng, kopi…

Florence Luluskan Undang-Undang Piazze Vivibili

Bandar Florence, Itali baru-baru ini meluluskan rang undang-undang baru yang dinamakan `Piazze vivibili’ (dataran sesuai didiami) bagi meningkatkan keselamatan di jalan-jalan dan dataran-dataran yang menjadi tumpuan pelancong. Seramai kira-kira 100 anggota polis ditugaskan memeriksa tempat-tempat tersebut bagi memastikan peraturannya dipatuhi. Antara perkara yang dilarang di bawah rang undang-undang itu ialah berkumpul beramai-ramai untuk melepak, makan…

Rinjani Ditutup Setahun

Berikutan gempa bumi yang melanda Lombok, Indonesia pada Ogos lalu, Gunung Rinjani yang popular sebagai lokasi mendaki gunung ditutup selama setahun. Menurut kenyataan Ketua Taman Negara Rinjani, tempoh tersebut adalah untuk pemulihan laluan pendaki yang rosak teruk akibat gempa.  Laluan yang terjejas dikatakan amat merbahaya buat masa sekarang. Justeru sebarang aktiviti pendakian oleh orang awam…

Promosi Hebat Tourism Selangor di MATTA Fair 2018

DALAM usaha meningkatkan jumlah pelancong, pihak Tourism Selangor menawarkan pelbagai promosi hebat sepanjang berlangsungnya MATTA Fair 2018 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula 7 hingga 9 September ini. Antara agensi yang mengambil bahagian adalah Avani Sepang Golcoast Resort, Farm in The City, MinNatureAsia, Rumah Rehat Seri Berkat, Fraser’s Hill, Kidzania, RHR…

Transaksi Tanpa Tunai KTM Komuter Mulai 10 September

Mulai 10 September 2018, perkhidmatan KTM Komuter akan memperkenalkan kaedah bayaran tanpa tunai dengan menggunakan kad iaitu Kad Komuter Link / Touch N Go atau My Kad. Perlaksanaan tambang tanpa tunai ini akan dikuatkuasakan untuk penumpang Dewasa, pelajar sekolah menengah, dan institusi pengajian tinggi sahaja. Sila pastikan anda mempunyai Kad Komuter Link, Touch N Go…

WAK2018 Perkenalkan Kepelbagaian Kuching

Festival What About Kuching 2018 (WAK2018) bakal berlangsung bermula 29 September hingga 28 Oktober ini. Ia merupakan anjuran kedua setelah kejayaan festival tersebut tahun lalu. Festival ini akan berpusat di sepanjang Tebingan Kuching dan sekitar bandar raya Kuching, Sarawak. Penganjuran ini bertujuan memperkenalkan kepelbagaian budaya masyarakat tempatan dalam tiga aspek berbeza iaitu seni, budaya dan…

Wang Tunai RM19,000 Menanti Kaki Pancing JPKL 2018!

Seramai 1,000 peserta dijangka memenuhi Taman Tasik Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM19,000 sempena pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) 2018 tahun ke-7 siri 6 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad, 16 September ini. Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri…