Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020

Kuala Lumpur telah dinamakan sebagai Ibu Kota Buku Dunia untuk tahun 2020 oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Dalam kenyataan di laman sesawangnya, UNESCO menyatakan pemilihan Kuala Lumpur adalah kerana tumpuan utama bandar raya tersebut pada pendidikan inklusif; usaha yang sedang dilakukan untuk membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan; serta kemudahan untuk penduduknya mengakses…

Pelan Sifar Plastik Bermula Oktober

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan melancarkan pelan hala tuju sifar penggunaan plastik pakai buang 2018-2030, pada Oktober depan. Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata pelan itu antara lain bagi menangani masalah pencemaran sisa plastik, meningkatkan kesedaran orang awam, selain mencari alternatif kepada penggunaan pelbagai produk plastik. “Ramai yang nak membantu…

Zipline Tertinggi Dunia di Langkawi

Langkawi akan berada di puncak peta dunia jika sebuah syarikat dari Korea Selatan berminat untuk melabur dalam pembinaan zipline di pulau tersebut. Cadangan tersebut pastinya menjadikan Langkawi lebih dikenali dalam kalangan peminat sukan ekstreme. Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, syarikat berpusat di Pulau Nami  itu membayangkan minat untuk melabur…

Melaka Terima Anugerah OPCC

Negeri Melaka menerima Anugerah One Planet City Challenge (OPCC) anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF)  pada 12 September lalu! Majlis penyampaian anugerah OPCC  yang berlangsung di San Francisco, Amerika Syarikat menyaksikan Melaka mengalahkan 132 bandar lain termasuk Yokohama (Jepun), Vancouver (Kanada), Uppsala (Sweden) dan Izmir (Turki). Menurut Datuk Azmi Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka…

Tempah & Bayar Tiket Penerbangan MAS Guna Messenger @ MHchat

MALAYSIA Airlines Bhd melangkah setapak lagi dengan menjalin usaha sama dengan Amadeus bagi memperkenal MHchat, chatbot tempahan penerbangan, yang membantu pengguna menempah penerbangan dan membayar menggunakan aplikasi media sosial Facebook Messenger. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan nasional itu komited untuk terus meningkatkan kemudahan kepada pengguna dengan memanfaatkan teknologi baharu. MHchat merupakan…

KLIA ke 12 di Dunia Paling Banyak ‘Transfer’

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada di kedudukan ke-12 daripada 20 lapangan terbang paling banyak ‘transfer’ di seluruh dunia, menurut Indeks Megahub Antarabangsa OAG 2018. Sementara untuk rantau Asia Pasifik, KLIA menduduki tempat ke-3. Indeks OAG menyenaraikan kedudukan lapangan terbang mengikut nisbah paling tinggi bagi sambungan antarabangsa (transfer) yang dijadualkan dengan jumlah destinasi disediakan….

Tiket ETS Untuk Krismas Dijual Mulai Selasa Ini!

Bercadang untuk menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untukperjalanan bercuti semasa Krismas nanti, bersedialah untuk menempah tiket anda pada Selasa ini! Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengguna perkhidmatan tersebut boleh mendapatkan tiket untuk perjalanan 15 November sehingga 31 Disember 2018 ini bermula pukul 8.30 pagi, 25 September ini. Perkhidmatan ETS akan mengekalkan jumlah perkhidmatan iaitu…

Tiket Melaka River Cruise Akan Dinaikkan

Harga tiket untuk menaiki bot Melaka River Cruise akan dinaikkan dalam masa terdekat bagi mengimbangi kos menaik taraf pusat pelancongan itu yang termasuk menambah bilangan bot baharu dan penyelenggaraan bot sedia ada, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. Bagaimanapun, jumlah peratusan kenaikan harga tiket itu masih dalam peringkat kajian dan penilaian, kata beliau. Pada masa…

Arif Johari Bolot Hadiah RM7,000 JPKL

KEMENANGAN berganda! Juara dan naib juara, Ariff Johari bolot hadiah RM5,000 dan RM2,000 dalam pertandingan Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) siri 6/2018 di Tasik Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada 16 September lalu. Paling manis kemenangan berganda itu diraikan sempena Hari Malaysia dan menewaskan lebih 800 peserta lain pada pertandingan memancing anjuran Dewan Bandaraya Kuala…

Melawat Kyoto Bertemankan Robot

Bermula 22 September ini, jika anda melancong ke Kyoto, Jepun, anda boleh mendapatkan khidmat RoBoHon, robot humanoid bersaiz kecil yang akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat yang anda lawati. Perkhidmatan robot ciptaan Sharp Corporation yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI) itu boleh anda dapatkan sekiranya menggunakan teksi untuk melancong sekitar Kyoto. Sharp Corporation, syarikat teksi…

LTSIP Kini Terima Penerbangan Antarabangsa

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kelantan dijangka bakal menerima lebih ramai pelancong luar negara apabila mula menerima penerbangan antarabangsa terus dari Surat Thani International Airport, Thailand. Perkhidmatan dua kali seminggu itu disediakan oleh syarikat penerbangan Malindo Air. Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan, Datuk Md Anizam Ab…

Fun Taipei di IOI City Mall

Jabatan Penerangan dan Pelancongan Taipei memperkenalkan kempen Fun Taipei sebagai usaha meningkatkan keupayaan pasaran pelancongan Taiwan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Kempen tersebut berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya bermula 14 hingga 16 September 2018. Pengunjung berpeluang merasa makanan halal yang dipromosikan secara percuma sepanjang kempen berlangsung. Antara yang menarik adalah kek nenas, ayam goreng, kopi…