Tiket ETS Untuk Krismas Dijual Mulai Selasa Ini!

Bercadang untuk menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untukperjalanan bercuti semasa Krismas nanti, bersedialah untuk menempah tiket anda pada Selasa ini! Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengguna perkhidmatan tersebut boleh mendapatkan tiket untuk perjalanan 15 November sehingga 31 Disember 2018 ini bermula pukul 8.30 pagi, 25 September ini. Perkhidmatan ETS akan mengekalkan jumlah perkhidmatan iaitu…

Tiket Melaka River Cruise Akan Dinaikkan

Harga tiket untuk menaiki bot Melaka River Cruise akan dinaikkan dalam masa terdekat bagi mengimbangi kos menaik taraf pusat pelancongan itu yang termasuk menambah bilangan bot baharu dan penyelenggaraan bot sedia ada, kata Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari. Bagaimanapun, jumlah peratusan kenaikan harga tiket itu masih dalam peringkat kajian dan penilaian, kata beliau. Pada masa…

Melawat Kyoto Bertemankan Robot

Bermula 22 September ini, jika anda melancong ke Kyoto, Jepun, anda boleh mendapatkan khidmat RoBoHon, robot humanoid bersaiz kecil yang akan memberi penerangan mengenai tempat-tempat yang anda lawati. Perkhidmatan robot ciptaan Sharp Corporation yang mempunyai ciri-ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence-AI) itu boleh anda dapatkan sekiranya menggunakan teksi untuk melancong sekitar Kyoto. Sharp Corporation, syarikat teksi…

Transaksi Tanpa Tunai KTM Komuter Mulai 10 September

Mulai 10 September 2018, perkhidmatan KTM Komuter akan memperkenalkan kaedah bayaran tanpa tunai dengan menggunakan kad iaitu Kad Komuter Link / Touch N Go atau My Kad. Perlaksanaan tambang tanpa tunai ini akan dikuatkuasakan untuk penumpang Dewasa, pelajar sekolah menengah, dan institusi pengajian tinggi sahaja. Sila pastikan anda mempunyai Kad Komuter Link, Touch N Go…

Boracay Dibuka Kembali Oktober Ini

Cebu Pacific akan menjadi syarikat penerbangan pertama memulakan semula penerbangan ke Caticlan, Boracay dari 26 Oktober ini. Pesawat Cebu Pacific akan mula membawa penumpang untuk menikmati keindahan pulau peranginan itu, setelah ia ditutup selama enam bulan untuk memulihkannya daripada pencemaran teruk. Bermula Oktober, pesawat dari syarikat penerbangan itu dan anak syarikatnya Cebgo akan memulakan penerbangan…

KIX Ditutup!

Taufan Jebi yang melanda bahagian barat Jepun pada 4 September lalu telah menjejaskan sistem pengangkutan dan menyebabkan kerosakan teruk pada jambatan yang menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX). Sebuah kapal tangki yang berlabuh di Teluk Osaka, berhampiran KIX, telah menghentam satu-satunya jambatan yang menghubungkan lapangan terbang itu dengan pulau utama sehingga menyebabkan sebahagian besar…

Sahkan Tempahan & Kemaskini Status Penerbangan MAS Dengan Whatsapp

Syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Berhad (MAS) melancarkan perkhidmatan rasmi aplikasi Whatsapp yang menyediakan maklumat pengesahan tempahan dan kemaskini status penerbangan kepada penumpang. MAS antara sebilangan kecil syarikat pernerbangan dunia yang menyertai Penyelesaian Perniagaan Whatsapp. Pelancaran aplikasi ini membolehkan MAS meraih lebih ramai pelanggan dan secara tidak langsung menambah baik pengalaman pelanggan. Pelanggan mengakses perkhidmatan…

Deria Berubah Dalam Penerbangan

Adakah anda teruja untuk menikmati sajian dalam penerbangan? Dalam banyak keadaan, mungkin tidak…tapi kalau perjalanan jarak jauh, suka atau tidak, kita perlu makan. Atau pernah tidak anda membawa sajian yang diberi dalam penerbangan untuk dimakan kemudian selepas mendarat, dan mendapati rasanya agak pelik – terlebih masin atau manis umpamanya? Perbezaan rasa itu sebenarnya bukan disebabkan…

Mahu Dapat Tiket Penerbangan Yang Murah?

  Tentu sahaja kita berasa cemburu bila mendapat tahu ada rakan yang mendapat harga tiket penerbangan yang lebih murah daripada kita, sedangkan destinasi dan tarikh perjalanan adalah sama. Bagaimana dia melakukannya? Berikut adalah tip yang diberikan oleh mereka yang pakar dalam mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah. Jadi, bila anda hendak bercuti pada lain kali,…

Harga Tiket Penerbangan Dijangka Meningkat

Peningkatan kos bahan api dan kos buruh disebut sebagai penyebab syarikat-syarikat penerbangan di seluruh dunia akan menaikkan harga tambang pada 2018. Ia memandangkan harga minyak melonjak 40 peratus kepada AS$73 setong sejak setahun lalu. Dua syarikat penerbangan terbesar negara dijangka turut akan melaksanakan perkara yang sama, kata penganalisis. Bagaimanapun sebanyak mana harga tambang akan meningkat atau bila…

MAS Kurangkan 10 kg Bagasi Domestik Mulai 1 Ogos

Semua penumpang domestik kelas ekonomi MAS hanya boleh membawa bagasi seberat 20 kg secara percuma mulai 1 Ogos ini – kurang 10 kg daripada peruntukan sebelumnya. Peraturan ini terpakai pada mereka yang menempah tiket pada atau selepas 1 Ogos 2018, dan hanya melibatkan penumpang kelas ekonomi. Jadi pastikan berat bagasi anda tidak melebihi berat yang…

10 Syarikat Penerbangan Terbaik & Terburuk 2018

AirHelp, sebuah syarikat yang menyokong pengguna mendapat ganti rugi dalam kes-kes kelewatan dan pembatalan penerbangan, telah mengeluarkan senarai syarikat penerbangan terbaik dan paling buruk bagi tahun 2018. Senarai tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik yang menggunakan data-data daripada 72 buah syarikat penerbangan yang diperoleh bagi suku pertama tahun ini. Kedudukan syarikat-syarikat terbabit dibuat berdasarkan tiga faktor:…