Avani SGC, Vitamin ‘Sea’ & Terapi Minda

  Suasana persekitaran yang luas saujana mata memandang mampu mempengaruhi minda dan jiwa untuk berasa ketenangan dan keindahan alam ciptaan Ilahi. Pengalaman tersebut ibarat satu terapi jiwa yang sangat berkesan. Begitulah yang saya alami, dan mungkin anda juga, jika berpeluang bersantai di pusat peranginan terkenal Avani Sepang Goldcoast, Selangor. Tambahan pula percutian tersebut disertai ahli…

Impikan percutian lengkap seisi keluarga? Bayou Lagoon Resort adalah tempatnya!

Bagi yang ingin meluangkan masa hujung minggu bersama keluarga, pastinya anda mengidamkan sebuah percutian yang lengkap dengan segala kemudahan dari segi tempat tinggal, beriadah dan aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan. Sudah pasti, bagi warga kota yang penat bekerja, kita impikan percutian relaks dan pergi ke tempat yang cantik, berbaloi serta sesuai untuk anak-anak. Mana lagi tempat…

Tanah Aina Fahad… Glamping 5 Bintang

  Tempat percutian berkonsep perkhemahan  atau ‘glamping’ (gabungan ‘glamour’ dan ‘camping’) Tanah Aina Fahad  ibarat ‘syurga tersembunyi’. Air, tanah, udara dan pohon menghijau bergabung mencipta suatu keasyikan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Anda ibarat dibawa kembali menikmati alam semulajadi yang begitu nyaman, damai dan mempersona. Lokasi Tanah Aina Fahad yang terletak di Ulu Dong, Raub,…

Ombak Dive Resort, Syurga Percutian di Pulau Perhentian!

Pulau Perhentian Kecil merupakan destinasi pelancongan yang menjadi tarikan buat pelancong dalam dan luar negara. Sebagai destinasi pelancongan yang menarik dengan cahaya mataharinya yang hangat, pasir putih yang halus dan air laut yang sangat jernih, ia menjadikan permata Negeri Terengganu ini sebagai salah satu destinasi yang mesti dikunjungi. Menyedari akan tarikan ini, Ombak Dive Resort…

Percutian Romantis di Pulau Besar, Bayu Lestari Resort Pilihan Terbaik

MERANCANG percutian romantis bersama pasangan anda? Atau mungkin sedang mencari lokasi berbulan madu? Pulau Besar, Johor adalah salah satu pilihan terbaik untuk anda! Mungkin namanya masih belum menjadi sebutan ramai. Namun lokasi ini menjanjikan pengalaman yang tidak mungkin anda lupa. Dengan suasana persekitaran yang cantik dan tenang, pantai yang landai, putih bersih serta dikelilingi deretan…

Pesona Indah Pulau Besar Dan Pulau Tinggi

Oleh: Mohd Azrin Wahid & Muhammad Zulhilmi Mohammad Zaini   Memang cantik, memang lawa. Pertama kali menjejakkan kaki di Pulau Besar dan Pulau Tinggi Mersing Johor Darul Takzim hati sudah tertawan dan jatuh cinta. Kagum! Oh siapa sangka kedua pulau ini mempunyai kecantikan dan keunikannya tersendiri. Walaupun terpaksa mengharung perjalanan selama hampir lima jam dari…

Menarik! Resort Dengan Suasana Tropika Ini Rupanya Ada Taman Tema Air Tertutup Terbesar Di Eropah.

Bercuti dalam persekitaran tropika sepanjang tahun di Eropah bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda tahu ke mana hendak dituju. Hanya satu jam perjalanan menaiki kereta api dari Berlin Central ke Brandenburg, Jerman, anda akan tiba ke Tropical Islands Resort. Seperti namanya, resort ini menawarkan suasana dan persekitaran tropika di bumi Eropah, dengan suhu 25 darjah…

Bersantai di Nafas Cube @MARDI

Anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati percutian santai dalam suasana nyaman alam semula jadi. Lokasi penginapan berkonsep agro pelancongan terbaru, NAFAS Cube ini hanya terletak di MARDI, Serdang, Selangor. Nafas Cube dibangunkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi menyokong sektor agro pelancongan yang semakin digemari ramai. Menarik mengenai Nafas Cube ini ialah ia berkonsep…

Berbulan Madu di Danz Eco Resort Kuala Tahan

Danz Eco Resort terletak di Kuala Tahan yang dikelilingi dengan alam semulajadi. Konsep hotel berbentuk kapsul sesuai untuk pasangan yang berbulan madu. Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara. Manakala tandas disediakan diluar bilik. Kemudahan tempat perkhemahan dan candle light dinner juga turut disediakan di sini. Capsule @ Danz Eco Resort From RM98 per night @ RM138/2pax…

Rejuvinasi di REVIVO WELLNESS RESORT BALI mulai 30 Mac

AKHIR Mac ini, sebuah resort wellness mewah, REVIVO akan memulakan operasinya di pulau peranginan Bali, Indonesia. Sepertimana maksud REVIVO, `Saya akan hidup kembali’, pusat peranginan terbaru dan yang pertama di bawah jenama ini,bakal menyegarkan jiwa dan raga menerusi minda dengan membawakan pengalaman menyeluruh rawatan santai, spa dan perubatan holistik. REVIVO menawarkan 16 buah suite gaya…

Rasai suasana hidup kampung di DESA KEROMA ECO RESORT

SIAPA yang sedang merancang untuk bercuti jauh dari kesibukan kota, Desa Keroma Eco Resort adalah satu pilihan terbaik. Resort dengan konsep tradisional ini terletak di Kampung Keroma, Muar, Johor. Bukan sekadar menginap di resort yang cantik, malah pengunjung juga akan diberi pendedahan tentang cara hidup kampung seperti makanan trdisi masyarakat Johor dan permainan tradisional. Jauh…

Rediscovering Sunway Lost World of Tambun

  The Sunway Lost World of  Tambun. Have you heard of it?  You would probably have heard of the place some years ago before it quickly got lost through the many openings of greater, more exciting theme parks  nearby. But The Sunway Lost World of Tambun located in Perak is considered a well-kept secret that…